D-Life

5 Pilihan ideal penyedut minuman yang “mesra alam”

Oleh  | 

BERMULA 1 Januari lalu, larangan menggunakan penyedut minuman plastik telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Mungkin bagi sesetengah orang larangan ini agak membebankan kerana kita perlu mencari alternatif lain bagi menggantikan straw plastik. Tapi ada beberapa pilihan yang ideal bagi Dhia boleh suggest pada korang bagi menyokong kempen ini.

Kementerian Wilayah Persekutuan juga telah mencadangkan agar penggunaan straw plastik digantikan dengan straw kertas. Sebenarnya ada je beberapa alternatif lain yang kita boleh gunapakai untuk menggantikan straw plastik yang lebih mudah dan mesra alam. Selain straw kertas, banyak je lagi sebenarnya yang kita boleh pilih untuk gantikan straw plastik. Kalau korang nak tahu, jom baca 5 pilihan kat bawah ni!

 

  1. Straw besi

FOTO: Wouwlabs

Penyedut besi merupakan salah satu alternatif yang baik untuk gantikan straw plastik. Ketahanan penyedut jenis besi ni tak perlulah kita pertikaikan lagi dan confirm boleh tahan lama. Tapi atas sebab penyedut ni diperbuat daripada besi, korang kena make sure yang penyedut ni sentiasa bersih okay. Rajin-rajinkan basuh after guna. Korang juga nak pakai penyedut tu kan ?

 

  1. Straw kertas

FOTO: USA Today

Berbeza dengan penyedut besi, penyedut kertas lebih mudah dipakai kerana ianya mudah dilupuskan dan lebih murah. Penyedut kertas juga boleh ditemui dalam pelbagai corak berbeza dengan penyedut besi yang boleh ditemui dalam satu bentuk sahaja. Untuk pengetahuan korang, penyedut kertas boleh bertahan selama empat jam sekiranya direndam ke dalam air.

 

  1. Straw kaca

FOTO: Strawesome

Haaa, yang ni dengar macam pelik kan? Tapi boleh je guys asalkan kita dapat selamatkan bumi kita daripada penggunaan straw plastik. Bagi sesiapa yang ingin mempunyai kelainan selain menggunakan alternatif besi, korang boleh la cuba penyedut kaca ni. Penyedut kaca boleh ditemui dalam pelbagai warna dan corak jugak. But nama pun kaca kan so korang kena betul-betul jaga penyedut ini supaya tak pecah.

 

  1. Straw silikon

Penyedut yang diperbuat daripada silikon sebenarnya mempunyai banyak kebaikan berbanding penyedut minuman yang lain tau . Ini kerana straw silikon  akan kekal berada pada suhu bilik walaupun direndam dalam air panas atau sejuk so  masalah bibir melecur tidak akan berlaku.  Tambahan lagi, straw jenis ini juga tidak mudah lentur dan sangat lembut. Straw ini lebih mudah disedut berbanding straw yang lain.

 

5. Recycle semula straw plastik

 

Ini adalah salah satu pilihan yang mungkin korang akan suka kerana empat alternatif kat atas semuanya perlu keluarkan duit yang banyak. Bagi Dhia, korang beli sebungkus straw plastik  dan simpan sebagai stok. Recycle semula straw korang selagi boleh. If rosak atau tercicir lebih mudah kita nak ganti straw yang baru kan.

Penyedut minuman plastik mengambil masa 100 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya. So Dengan alternatif  lain yang dicadangkan kat atas ni boleh la kita melaksanakan kempen yang diusahakan oleh kerajaan kita. Kalau boleh minimalkan penggunakan straw dalam kehidupan seharian korang.  Itu yang sebaiknya k?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my