D-Life

5 port lepak korang kena tahu untuk tahun 2019!

Oleh  | 

BILA dah masuk tahun baru ni, takkan tempat lepak pun korang masih nak sama kan? Mesti korang pun duk google mana lagi tempat best nak ambil angin malam dan bersantai-santai melepaskan tekanan.

Jadi, untuk kali ini sis sempat menemubual  Amir Asyraf yang juga merupakan seorang Social Media Influencer dan traveller  yang rajin meneroka tempat-tempat baru. Ni sis belanja sikit Instagram dia.

 

View this post on Instagram

 

Ankara ✔️

A post shared by Amir Asyraf (@theamirasyraf) on

Jom kita check apa agaknya tempat lepak yang kita boleh terjah untuk jumpa kawan-kawan lepas seharian kerja di pejabat.

Stratosphere Rooftop Bar KL

FOTO: Stratosphere Rooftop Bar KL

Memang sesuai untuk korang bersantai-santai dan lepak  di beanie bags siap meja and rooftop! Bolehlah korang mengira bintang bersama kawan-kawan macam dalam lagu beribu bintang di langit kini menghilang meraba aku dalam kelam? eh? Dengan latar belakang bangunan KLCC, korang juga akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu jazz yang semestinya memberikan korang suasana nyaman dan tenang.

Heli Lounge Bar

FOTO: Heli Lounge

Kalau nak tukar angin sikit, korang boleh terus ke Heli Lounge Bar yang juga menawarkan suasana yang sama. Beratapkan angkasa yang luas terbentang. Korang pun boleh melihat matahari terbenam dari sini sambil mengenang cinta korang yang senasib seperti senja – hanya dicinta saat hampir tiada. Gitu!

Shah Alam Lake Gardens

FOTO: Kuala Lumpur Kids

Selepas menelusuri langit, apa kata korang pergi juga berjinak-jinak dengan alam. Korang boleh terus ke Shah Alam Lake Gardens. Boleh berkayak juga dengan kawan-kawan korang sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan bercakap dengan pokok-pokok di taman. Nescaya korang akan terasa seperti berada dekat Hyde Park sambil terlupa kekasih korang yang dah bercakap dengan korang selama beberapa hari ini, ewah!

The Secret Garden Utama

FOTO: Kuala Lumpur Kids

Jangan tak tahu rupanya ada taman dekat One Utama. Korang boleh merasai pengalaman bersiar-siar di taman atas rooftop. Taman ini juga dipenuhi dan dihiasi dengan hampir 600 spesis tumbuhan untuk korang bermesra dengan alam. Korang boleh bertanya khabar pokok-pokok di sana dan mengarang puisi  ala-ala Ada Apa Dengan Cinta.

Treefor Kitchen and Coffee

FOTO: Noura Rasul

Kalau korang mencari tempat untuk santai sambil layan muzik orang nyanyi. Korang boleh terus ke Treefor Kitchen Coffee. Paling padu dia punya Nasi Goreng Butter Ayam Panggang. Tempatnya pun selesa untuk berborak bersama kawan-kawan dan tanya khabar mereka. Dekorasi pun menawan memang tip top kalau nak bergambar dan kongsi di Instagram korang!

Alrite, bila dah baca artikel ini jangan lupa share feedback korang dengan kami! Selamat lepak semua!

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my