D-Life

5 port OOTD boek dan ‘Insta-worthy’ sekitar Lembah Klang

Oleh  | 

SEBAGAI salah sebuah lokasi pelancongan menarik di Malaysia, di sekitar Lembah Klang sendiri sangat banyak lokasi yang menarik dan cantik. Sesuai untuk anda yang kaki ‘travel’ berikut kami senaraikan 5 lokasi menarik dan boek untuk anda ambil gambar OOTD.

Dahlah dekat, pemandangannya pun sangat Insta-worthy! Tak adalah gambar OOTD kamu asyik-asyik rooftop pejabat atau dinding pantri yang macam tadika tu!Ahaks!

 

Taman Eko Rimba KL

FOTO: Oh Bulan

Siapa kata tengah-tengah ibu kota langsung tak ada ketenangan dan kehijauan? Terletak betul-betul di kaki Menara KL, tersimpan hidden gem iaitu Taman Eko Rimba KL. Di sini terdapatnya jabatan gantung sejauh 200m, sambil-sambil OOTD nanti bolehlah kamu menghirup udara segar dan nikmati pemandangan hijau!

 

Astaka Morocco

Nampak seperti berada di negara Mediterranean, tetapi jangan tertipu! Lokasi ini hanya terletak di Putrajaya sahaja! Astaka Morocco terletak di Presint 1 dan menampilkan ciri-ciri senibina Maghribi seperti yang terdapat di Morocco dan Sepanyol. Kalau kamu tak ada idea di mana nak ambil gambar OOTD raya misalnya, inilah tempat yang sesuai!

 

Batu Caves

FOTO: Oh Bulan!

Batu Caves yang dulu, bukanlah yang sekarang! 272 anak tangga yang menuju ke kuil di dalam gua kini dicat dengan pelbagai warna dah macam pelangi pula. Sesuai sekali kalau kamu mahu cari tempat berswafoto.

 

Changkat Bukit Bintang

Satu lagi lokasi bergambar di tengah-tengah ibu kota ialah Changkat Bukit Bintang. Lorong-lorong belakang di sana bukan lagi tempat tikus bermasyarakat, tetapi sangat indah dan cantik untuk kamu bergambar dan payung di Instagram. Biar nanti kawan-kawan kamu sampai tertanya di ruangan komen “eh, dekat mana ni? Hipsternya!” dan kamu balas dengan angkuhnya “well, rahsia!”

 

Tamarind Square, Cyberjaya

Kalau kamu sukakan lokasi yang sedikit rustic dan hipster, Tamarind Square yang terletak di Cyberjaya tempat yang paling sesuai untuk kamu bergambar. Sesuai untuk kamu yang suka bergaya ranggi, elemen batu bata merah, dinding simen dan daun-daun dinding yang berjuntaian, Tamarind Square sangat sesuai untuk lokasi OOTD atau mungkin untuk photoshoot pra-perkahwinan dan pra-konvokesyen kamu.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my