Diri Dhia

5 rahsia untuk kekal positif sepanjang tahun!

Oleh  | 

KESIHATAN mental merupakan satu kesihatan yang sama pentingnya dengan fizikal kita. Disebabkan banyak tekanan pada dunia zaman teknologi changgih ini, semakin ramai yang gagal mengawal stress masing-masing.

Sis faham dengan keadaan sekarang, amatlah penting untuk kita kekalkan keseimbangan di antara kesihatan mental dan fizikal. Namun pada sesetengah masyarakat, masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana untuk mengekalkan diri dalam kotak positif.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang 5 perkara penting untuk bantu korang kekal positif sepanjang tahun. Jom baca!

Ambil masa untuk berhibur

Berhibur dengan cara yang betul akan membantu korang untuk merasa lebih positif. Jadi sis sarankan dekat korang untuk ambil masa dan libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti aktiviti mendaki, berenang, berkhemah, aktiviti kebajikan dan bermacam-macam lagi.

via GIPHY

Makan sayur-sayuran segar dan mentah

Sis cadangkan dekat korang untuk perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buah segar. Dengan perubahan ini akan membuatkan korang lebih sihat.

Ada kajian yang menyatakan dengan pengamalan makan buah dan sayur-sayuran akan memberikan khasiat kepada kesihatan mental dengan lebih tinggi!

via GIPHY

Tambahkan vitamin D

Korang tahu tak vitamin D sebenarnya satu makanan tambahan yang kaya dengan khasiat untuk badan dan juga mental.

Makanan tambahan seperti lemak ikan, telur ,calf’s liver dan portobello cendawan yang mampu untuk melawan perkembangan masalah kemurungan.

via GIPHY

Periksa kesihatan pendengaran

Ada kajian yang menunjukkan individu yang mempunyai masalah pendengaran berkait dengan risiko kemurungan. Ada juga kajian yang berjaya membuktikan bahawa individu yang mempunyai masalah pendengaran mempunyai 4 kali risiko yang tinggi untuk mengalami masalah mental.

Jadi, sis cadangkan dekat korang untuk sekali-sekala pergi buat check up okay?

via GIPHY

Kurangkan meluang masa bersama telefon bimbit

Meluangkan masa yang berlebihan dengan telefon bimbit akan membuatkan manusia lebih cenderung untuk stress dan murung. Bukan itu sahaja, ini telah pun dibuktikan oleh San Diego University dan University of Georgia,USA yang membuat kajian  dengan hanya meluangkan masa selama satu jam sahaja, korang boleh dapat anxiety!

via GIPHY

Jadi tak perlu nak bandingkan hidup orang lain dengan hidup sendiri dan korang cuba untuk melihat sekeliling dengan pandangan yang berlainan.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my