D-Life

5 Sebab kamu mesti ke Kota Kinabalu, Sabah, sekali seumur hidup

Oleh  | 

SEBUT sahaja Kota Kinabalu, yang selalu kita bayangkan ialah Gunung Kinabalu sahaja. Tetapi tahukah kamu, sebenarnya ada banyak lagi tarikan di Kota Kinabalu yang mesti kamu terokai? Semak senarai tarikan di bawah, dan jangan berlengah lagi, segera masukkan Kota Kinabalu sebagai lokasi jalan-jalan kamu!

Duh, mestilah untuk daki Gunung Kinabalu!

FOTO: Getty Images

Rugilah kalau dah sampai KK tapi tak daki Gunung Kinabalu, kan? Gunung tertinggi di Asia Tenggara tersebut sememangnya menjadi tarikan para pelancong yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak.

 

Membeli-belah di Pasar Filipina

FOTO: things-to-do-in-kota-kinabalu.blogspot.com

Juga dikenali sebagai Pasar Malam Sinsuran, Pasar Filipina terkenal dalam kalangan pelancong dan terletak berhadapan dengan Le Meridien Hotel. Dibuka dari pagi hingga malam, macam-macam yang boleh kamu beli antara lain mutiara asli Sabah dan produk kraftangan tempatan sebagai buah tangan.

 

Pesta makanan laut

FOTO: travelhabeat.com

Kalau kamu ke KK dari Semenanjung Malaysia, kamu tidak boleh lepaskan peluang makan makanan laut di sana. Bayangkanlah, makanan laut seperti udang galah, ikan dan sebagainya yang mahal di KL, kamu boleh dapat sebegitu murah di KK.

 

Terokai keindahan Borneo melalui North Borneo Railway Train Ride

FOTO: sabahtourism.com

Nikmati perjalanan kereta api gaya British sambil menikmati pemandangan Borneo. Pengalaman yang pasti berharga.

 

Aktiviti air yang best di Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Taman Marin Tunku Abdul Rahman terletak berhampiran dengan perairan Kota Kinabalu. Taman marin ini merangkumi 5 pulau utama iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Sulug, dan Pulau Mamutik. Terdapat banyak aktiviti air yang boleh anda lakukan seperti bot pisang, para sailing, ski jet dan menyelam skuba.

 

Sumber: melancong.com.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my