D-Life

5 sebab kenapa ‘backpack’ kita berat masa ‘travel’

Oleh  | 

BUKAN mudah nak menggalas backpack kehulu-kehilir. Lagi-lagi ketika kita dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke sesuatu destinasi. Biasalah kalau dah namanya perempuan, semua benda nak sumbat dalam beg kalau boleh. Tapi korang kena tahu backpack yang berat akan menyukarkan korang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Bila backpack terlalu berat pun boleh buat mood kita hilang untuk travel tau.

Kat sini Dhia nak senaraikan dekat korang kenapa backpack korang masih berat supaya lepas ni korang lebih tahu apa perkara yang perlu dibawa atau tidak. So, check em out! 

Tuala besar dan tebal

Yes, memang tuala perlu dibawa setiap kali kita travel kerana rata-rata backpackers hostel tidak menyediakan tuala. Tapi tak perlulah bawa tuala yang tebal dan besar kerana selain boleh menambahkan beban dalam backpack, tuala yang besar boleh memakan ruang backpack korang. Kalau boleh bawa tuala yang lebih nipis dan kecil sahaja. Walaupun tak selesa tapi ini lah adat bila travel, kenalah keluar dari comfort zone.

Packing barang tidak mengikut checklist

Inilah kesilapan yang biasa dilakukan oleh backpackers setiap kali travel. Kita akan dahulukan kehendak kita tanpa fikir apa sebenarnya yang perlu kita bawa. Sebab tu lah pentingnya checklist girls. Sebelum packing barang pastikan korang senaraikan dahulu barang-barang penting yang perlu dibawa. Minimumkan barang selagi boleh sebab kita perlu bawa backpack kita kemana-mana semasa travel. Lagi ringan backpack korang lagi bagus kan?

Bawa jacket atau overcoat berlebihan

Jacket, overcoat dan outer yang lain sememangnya akan memakan ruang yang banyak dan memberatkan backpack . Tak perlu bawa lebih daripada dua pun sebenarnya. Kadang-kadang perempuan ni biasalah, kita tak nak dilihat memakai pakaian yang sama berulang kali. Apa kata kita cuba inisiatif lain pula contohnya, kalau tak nak pakai jacket yang sama, korang boleh la tukar-tukar dengan kawan korang. Sharing is caring gitu.

Cara lipatan baju yang salah

Sebenarnya inilah rules wajib kita buat ketika kita packing barang. Kalau kita lipat baju kita, sudah tentulah akan makan lebih ruang. Selain dari lipat pakaian, sebaiknya korang guna cara menggulung. Lebih kecil kita gulung lebih bagus kerana boleh menjimatkan ruang.

Selalu rasa baju yang dibawa tidak cukup

Inilah masalah perempuan. Kalau boleh satu almari korang nak bawa bila travel kan? Macam mana nak travel dengan selesa kalau backpack korang terlalu berat. Untuk selesaikan masalah ni, korang boleh cuba gunakan tip ketiga di atas ni. Alah, bukan selalu tukar-tukar baju dengan kawan sendiri kan?

Jadi, inilah 5 sebab kenapa backpack korang berat. Sewaktu kita travel, keselesaan sangatlah penting kerana kita akan banyak bergerak ke satu destinasi ke destinasi yang lain. Macam mana nak enjoy kalau kena bawa backpack yang berat macam batu ye tak?

Ha, lepas dah baca tips kat atas ni kalau korang ada plan nak travel kemana-mana atau camping, superdeals ada pakej perkhemahan di Gopeng untuk 4 orang dengan harga yang sumpah tak masuk akal! Korang boleh check dekat sini okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my