Serious?!
Genius tapi bahaya, ini ‘serial killers’ yang paling ngeri dalam sejarah !
HELLO girls! Hari ni sis nak share dekat korang semua sesuatu yang pelik tapi menarik. Kadang-kadang bila kita dengar kes-kes jenayah yang pernah jadi, kebanyakkan orang mesti expect penjenayah yang buat hal ni, ada masalah otak atau dalam erti kata lain ‘otak udang’ gitu. Kalau ikut logik pun, mana ada orang yang berakal normal nak buat benda-benda dark macam tu kan? Tapi pandai sangat pun bahaya jugak ! adakah disebabkan mempunyai IQ yang terlalu tinggi menyebabkan these serial killer buat kerja-kerja gila diorang ? Cakap pasal IQ tinggi, nah sis kongsikan dekat korang 5 pembunuh bersiri yang mempunyai IQ yang extremely high!
Rodney Alcala

Foto: BIFF Bam Pop
Lebih dikenali sebagai ‘The Dating Game Killer’ yang mempunyai IQ setinggi 170! Ketika perbicaraanya dalam 5 kes bunuh, Rodney berjaya melepaskan diri secara teknikal dan dihukum ketika 2005 apabila hanya bukti DNA pada mangsa yang menyebabkan akhirnya beliau tidak dapat melepaskan diri .
Ted Kaczynski

Foto: News.com.au
Mempunyai IQ setinggi 167 dan genius dalam matematik! Beliau diterima di Havard hanya ketika berumur 16 tahun. Ted menggunakkan encrypted mesej dalam kod yang berbentuk matematik untuk elak dari FBI mengetahuinya.Disebabkan mempunyai genius yang amat tinggi, beliau berjaya mengelakkan dirinya daripada 17 tahun penjara.
Charlene Gallego

Foto:Tons of Facts
Merupakkan seorang pembunuh bersiri wanita yang mempunyai IQ setinggi 160 dan genius dalam bermain violin. Apa yang membuatkan benda ni jadi lebih menarik apabila Charlene membunuh bersama suaminya! Namun apabila kedua-dua berjaya ditahan, Charlene testify terhadap suaminya yang , menyebabkan beliau dihukum dalam penjara hanya 17 tahun. dan dibebaskan tahum 1997.
Carroll Cole

Foto: Rebel Circus
Beliau merupakan seorang yang mempunyai kehidupan yang sukar apabila sering didera oleh ibunya sendiri. Disebabkan itu, Carroll terpaksa memendamkan perasaan dan menjadi ganas. Beliau pernah ditahan oleh pihak polis namun berjaya melepaskan dirinya. Kata-kata terakhirnya sebelum menjalani hukuman mati adalah “I just messed up my life so bad that I didn’t care just to go on.”
Andrew Cunanan

Foto: abc news
Nama ini terkenal apabila beliau membunuh pereka fesyen yang terkemuka Gianni Versace. Boleh bertutur dalam 7 bahasa berbeza dan mempunyai IQ setinggi 147. Disebabkan beliau mempunyai IQ yang tinggi, Andrew berjaya memanipulasikan FBI dan akhirnya dia membunuh diri selepas 8 hari membunuh Versace, Motif membunuh masih misteri.
Okay, itu lah dia antara yang mempunyai IQ yang tinggi. Pelikkan ? Otak pandai tapi salah guna! Sayang betul. Kalau tak masing-masing dah boleh pergi jauh dan pasti boleh jadi terkenal dimata dunia!
Sumber: Ranker





Komen Terkini