Serious?!

5 show baru yang korang boleh layan di ‘NETFLIX’ bulan ini

Oleh  | 

NETFLIX merupakan satu platform yang penuh dengan drama bersiri dan pelbagai jenis genre. Seperti yang dapat kita lihat, drama bersiri mereka mampu untuk mencetuskan satu fenomena!

Bukan setakat drama bersiri, malah semua jenis filem-filem juga turut tersenarai dalam platform ini. Yang sis suka adalah kualiti drama yang ada dalam Netflix ni.

Kualiti yang gempak dikenakan pula dengan jalan cerita yang best! Plot twist dia memang akan membuatkan kita tidak sabar untuk menonton episode seterusnya!

Sembang pasal drama-drama ni, sis nak kongsikan update terbaru bulan Mac yang korang boleh layan.

Kingdom Season 2

Merupakan sebuah drama yang menceritakan kisah seorang putera yang harus menyelamatkan negaranya daripada jajahan sesuatu kuasa yang jahat. Ada sesuatu yang menyebabkan mayat-mayat yang sudah mati bangkit semula dan cuba menjatuhkan sesebuah kingdom. Barisan pelakon pula hebat-hebat belaka!

Spenser Confidential 

Bila lagi nak tengok Post Malone berlakonkan? Ha dalam sebuah filem Netflix ini mengisahkan dua orang yang cuba menyelamatkan negara mereka daripada polis dan juga ahli-ahli politik yang jahat. Kira Mark Wahlberg dalam filem ni polis yang baik la gitu.

Hi Bye, Mama!

Merupakan seorang wanita yang mendapat peluang untuk kembali ke dunia melalui proses reincarnation hanya selama 49 hari. Pelbagai perkara yang dilaluinya dan berjayakah wanita ini mendapatkan kehidupannya semula ?

Hospital Playlist

Merupakan sebuah drama Korea di mana mengisahkan 5 sekawan yang bekerja disebuah hospital menceritakan tentang cabaran yang harus mereka lalui.  Playlist apa kah yang dimaksudkan oleh mereka ini? Saksikan!

 Sitara:Let Girls Dream

Merupakan sebuah kisah animasi pendek mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu menjadi seorang pilot. Akan tetapi ditentangi oleh banyak pihak. Jom tengok trailer dulu!

 

Semoga terhibur!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my