D-Life

5 Tanda paru-paru korang sedang menjerit minta tolong

Oleh  | 

PARU-PARU adalah organ di dalam badan manusia yang membantu menyalurkan oksigen ke dalam badan. Ianya organ utama yang membantu kita untuk terus bernafas.

Jadi, kita perlu lah selalu ambil peduli pada paru-paru kita supaya kita dapat terus bernafas dan sihat. Terdapat beberapa perkara yang perlu korang tahu yang berkaitan dengan kesihatan paru-paru korang tu.

Sakit Bahu dan Belakang Badan

Walaupun ianya dikira sebagai symptom yang rare, belakang badan, sakit bahu dan termasuk sakit dada ia mampu membawa kepada penyakit yang kronik. Contohnya seperti kanser paru-paru yang kalau dapat dikesan pada awalnya ianya dapat dirawat. Kalau korang rasa sakit belakang dan bahu semakin kuat better korang pergi jumpa doktor.

Batuk

Batuk mungkin dianggap penyakit yang biasa kita dapat ketika demam. Tapi ianya juga boleh jadi punca dan symptom untuk penyakit kronik. Jadi penting untuk kita tahu korang punya jenis batuk tu. Kalau sampai korang batuk berdarah tu mungkin dah kena jumpa doktor tu sebabkan mungkin menyebabkan kanser paru-paru.

Sesak Nafas

Sesak nafas ni biasanya berkait rapat dengan masalah jantung dan paru-paru. Contohnya macam asma dan allergic terhadap makanan yang menyebabkan korang susah untuk bernafas dengan baik. Kalau korang mengalami masalah sesak nafas ni korang kena tukar environment korang sekejap untuk mengurangkan sesak nafas tu. Tapi kalau berterusan elok lah korang pergi jumpa doktor sebelum terlambat.

Mata dan Kulit Kekuningan

Ini mungkin perkara yang mudah untuk dirawat, tetapi ianya juga sangat penting kerana ia adalah petunjuk jelas masalah di bahagian hati yang boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Kurang Tenaga

Untuk merasa penat dan letih dari masa ke semasa adalah normal. Tak cukup tidur dan stress boleh menjadi punca keletihan. Tapi kalau korang berasa letih terlalu kerap, batuk tak pernah hilang dan hilang selera makan, korang mungkin ada masalah kesihatan.

Sumber:Brightside

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my