Be-You-Ty

5 tanda perubahan yang merbahaya di bahagian payudara

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Pernah tak korang merasakan perubahan pada bahagian payudara? Terasa seperti keadaan di bahagian dada tu lain macam?

Korang tahu tak beberapa perubahan yang kadang kala mungkin dianggap kecil itu sebenarnya merupakan satu tanda yang merbahaya?

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 tanda red-flag yang korang sebagai perempuan wajib tahu!

Benjolan keras

Benjolan ini memang tidak memberikan sebarang rasa kesakitan dan kadang-kala ia tidak mendatangkan bahaya pun. Akan tetapi, lebih baik mencegah dari merawat bukan? Jadi kalau korang terasa seperti ada benjolan pada bahagian payudara, adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan secepat mungkin.

Foto:skinanswer.com

Terasa sakit

Kadang kala  tisu cancer di bahagian kulit pada kebiasaannya memang tidak akan merasa sakit. Namun, ada juga yang memberikan kesakitan dan kemunculan bintik merah muncul pada kulit. Kalau korang rasa sakit tu lebih daripada beberapa hari, adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan doktor.

Foto:www.cancercenter.com

Puting mengeluarkan cecair

Kalau bukan disebabkan mengandung, korang punya puting tu tidak akan mengeluarkan cecair. Jika cecair yang keluar itu tidak mempunyai warna atau berwarna kekuningan, hijau, coklat atau darah, lebih baik korang pergi buat pemeriksaan dengan cepat kerana ia berkemungkinan disebabkan cancerous tissues.

Payudara kelihatan berbeza sebelah
Kalau bentuk atau rupa payudara korang tiba-tiba berubah saiz dan warna atau korang merasakan kelainan pada bahagian dada, itu mungkin bererti korang punyai risiko kanser payudara.

Bintik merah pada bahagian dada

Kadang kala bahagian kulit yang mempunyai bintik merah boleh jadi hanya ruam atau keradangan kulit. Tapi kalau terlalu lama dan sakit, ia boleh bererti tanda inflamasi kanser payudara. Demi kesihatan diri korang, adalah dinasihatkan untuk korang perhatikan progress merah-merah tu pada kulit dan jangan buang masa untuk buat pemeriksaan doktor.

Sis harap lepas korang baca dan periksa diri korang tu baik baik aje la. Kalau ada sesuatu yang merunsingkan, lebih baik korang pergi jumpa doktor !

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my