Serious?!

5 tandas paling pelik di dunia, nombor 3 paling win!

Oleh  | 

TANDAS adalah binaan yang kita semua patut bersyukur sebab wujud di atas muka bumi ini. Nak lagi kalau korang jenis perut yang cepat proses. Setiap jam mesti nak lari pergi tandas. Sempena World Toilet Day hari ini, apa kata kita borak sikit tentang tandas yang rare dan semestinya tak ada dekat kampung kita semua.

Jom tengok!

FOTO: awesomeinventions

Aduh sis pun tak faham dengan tandas yang ada dekat Tibet ini. Entah macam mana nak membuangnya nanti. Ni mesti jenis yang boleh buang berjemaah sambil berborak dengan jiran sebelah.

FOTO: factorymedia.

Tak fahamlah fesyen tandas yang dekat beranda. Ni mesti yang sambil membuang lepas tu korang boleh bersantai-santai sambil tengok pemandangan keindahan kota, kan? Lepas tu  bolehlah saling menyapa orang yang lalu lintas dekat bawah tu.

FOTO: factorymedia

Ini tandas yang bagus untuk korang semua sedar diri sikit manakah penghujungnya najis yang korang buang itu. Tapi yang jenis takut tinggi tu mesti menggeletar kaki. Silap haribulan korang buang air sambil tutup mata.

FOTO: .factorymedia

Tandas yang ni sis pun tak tahulah macam mana nak guna. Kalau nak cakap untuk yang berdiri, macam tak logik. Memercik pula air kencing nanti. Nak kata untuk duduk, macam kecil sangat pula.

FOTO: factorymedia.com

Ya sis faham. Kita semua kenalah ada idea yang diluar kotak. Mangkuk tandas macam ni memang cantik, geng. Tapi macam mana pula kita nak guna kalau dah tinggi semacam.

Macam itulah tandas-tandas pelik yang sis pun tak tahu macam mana ntah diorang ni guna. Kalau korang, ada ke nak buat tandas macam ni? Sis mungkin akan buat satu. Tapi khas untuk tetamu yang sis menyampah sahaja. Baru padan muka dia.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my