Serious?!

5 teknik asas untuk melindungi diri yang korang perlu tahu

Oleh  | 

KEBANYAKKAN wanita yang sering menjadi mangsa jenayah yang tidak diingini. Jadi mengetahui sesuatu perkara yang dekat dengan seni mempertahankan diri adalah satu perkara yang penting.

Sis faham bukan semua orang mampu untuk menghadiri ke kelas seni mempertahankan diri. Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang beberapa teknik mudah yang korang boleh belajar sendiri.

Penting tau untuk korang ambil tahu ni. At least kalau apa-apa jadi, korang tahulah nak buat apa kan?

Melepaskan diri dari ikatan

Jika tangan diikat menggunakan tali,korang kena pastikan ruang udara dikekalkan melalui genggaman. Dengan cara ini, kerja melepaskan diri akan menjadi lebih mudah. Jika korang diikat pada badan pula, korang boleh mencuba untuk bernafas secara dalam-dalamnya bagi membuka ruang untuk ikatan menjadi longgar.

Foto:Ohbulan

‘Tape’

Kalau korang diikat dengan tape pula, korang boleh je koyakkan pita pelekat tu dengan mudah. Caranya, korang kena genggam tangan dengan erat dan angkat tangan sehingga ke atas kepala dan hempaskan tangan kebawah dengan laju dan kuat. Cuba lah beberapa kali hingga putus!

Foto:Ohbulan

Perhati kawasan lemah tubuh penjenayah

Tak kira lah mangsa atau penjenayah, setiap manusia mempunyai titik-titik lemah. Jadi korang kena perhatikan bahagian-bahagian yang boleh melemahkan penjenayah untuk melepaskan diri korang. Antara yang boleh dikira lemah, bahagian leher,kemaluan dan lutut.

Penyembur lada

Sis sarankan dekat korang supaya korang beli pepper spray ni dan kalau boleh korang simpan di tempat yang senang untuk korang capai. Elakkan untuk letak dalam beg supaya korang tak kelam kabut untuk cari.

Semoga tips ni akan bermanfaat pada korang dan sis harap korang kongsikan sama dekat kawan-kawan okay? Kongsi tanda kita sayang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my