Serious?!

5 tempat dating paling romantis untuk korang!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Sis nak tanya korang ni, pernah tak korang tak ada idea nak dating dekat mana? Dah beriya-iya ni nak dating dengan partner korang tapi buntu nak buat apa?

Tambah pulak lagi nak celebrate korang punya special occasions! Nak sambut hari ulang tahun ke, birthday special ke atau nak congratulate seseorang ke kan?

Ha meh sini sis cadangkan dekat korang beberapa tempat makan atau dinner yang paling romantis untuk korang celebrate hari-hari yang istimewa tu.

Tamarind Springs, KL

Sekali sekala  apa salahnya korang belanja lebih sikit untuk hari yang special tu kan? Alright, kalau korang suka tempat yang bertemakan ala-ala tropikal dan tak ada masa untuk pergi ke tempat yang jauh, then sis cadangkan dekat korang untuk makan malam di Tamarind Springs, Kuala Lumpur ni. Cukup romantis dengan muzik, hiasan dan tema ala-ala vacation gitu.

Foto:tripadvisor.com

Marini’s On 57, KLCC

Kalau korang prefer tempat yang classy dan romantis bersama dengan yang tersayang, sis cadangkan satu tempat yang mempunyai permandangan yang cukup cantik! Restoran yang berkonsep kan ala-ala Itali dan hiasan moden  ni memand sesuai lah bagi korang yang nak makan dinner sambil enjoy view kan!

Foto:marinis57.com

Cantaloupe at Troika Sky,KLCC

Ada lagi satu tempat di KLCC dimana korang boleh enjoy dinner yang sangat elegan dan permandangan bandar Kuala Lumpur yang maju. Tempat ni tinggi tau dan sekelilingnya pula adalah kaca! Jadi korang boleh bayangkan permandangan masa korang tengah dating tu.

Foto:burpple.com

Lafite di Shangri La, KL 

Sesetengah orang memang suka makan malam  bersuasanakan hotel yang mewah. Dekat sini korang boleh makan pelbagai jenis makanan yang ada! Bukan itu sahaja, hotel ini juga ada permandangan garden yang cantik berlatar belakangkan music yang tenang!

Foto:tripadvisor.com

Café Café’s

Bagi korang yang nak tukar angin dan merasakan kelainan, sis cadangkan korang untuk try kafe yang berkonsepkan French dan Italian. Restoran ini juga mempunyai privasi yang tersendiri dan mempunyai hiasan yang sangat cantik!

Foto:asiawebdirect.com

Sis harap korang enjoy artikel ni dan dapat membantu korang memberi idea dekat korang untuk sambut special occasions tu okay? Goodluck!

Sumber:Hotels.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my