D-Life

5 tempat paling ‘the boom’ di Negeri Laskar Pelangi pilihan Dhia

Oleh  | 

KALAU korang pernah menonton filem Laskar Pelangi yang pernah famous beberapa tahun dulu, korang mesti akan jatuh cinta dengan jalan cerita yang memang The Boom!

Laskar Pelangi adalah adaptasi daripada novel bestseller Indonesia dengan tajuk yang sama tulisan Andrea Hirata.

Kata orang-orang tempatan, ada banyak versi menceritakan kenapa pulau itu dipanggil Belitung. Namun, versi yang paling terkenal ialah kerana ia diambil kerana merujuk kepada siput.

Baru-baru ini Wafa berpeluang ke pulau Belitung yang merupakan lokasi pengambaran filem berkenaan. Jom check apakah tempat menarik pilihan Wafa yang korang boleh pertimbangkan kalau ke Belitung.

5) Pantai Tanjung Tinggi

Okey, Pantai Tanjung Tinggi atau Pantai Laskar Pelangi tak jauh daripada Kota Tanjung Pandan. Korang hanya akan mengambil masa kira-kira setengah jam kalau menaiki kereta. Di sinilah lokasi penggambaraan Laskar Pelangi seperti yang terdapat dalam filem. Airnya jernih dan terdapat batu-batu besar. Bolehlah kalau korang nak acah-acah main sorok-sorok dekat situ sambil berlari-lari nyanyi lagu tarakucha-tarakucha!

4) Pulau Kelayang

Orait, korang kena tahu yang Belitung ada banyak pulau tau. Ada dalam 200 lebih pulau. Tapi Pulau Kelayang is a must. Korang boleh naik bot ke Pulau Kepayang. Pasirnya begitu putih dan cantik.  Kami sempatlah main galah panjang ramai-ramai sementara menunggu makan tengahari. Dekat pantai itupun ada pusat penjagaan penyu namanya Kawasan Penangkaran Penyu.

3) Pantai Lengkuas

Tak tipu memang lawa betul Pantai Lengkuas ini. Dekat pantai itu juga ada kawasan yang dipanggil ‘Kolam Bidadari’. Kata orang-orang tempatan, siapa yang sedang mencari jodoh bolehlah ke kolam berkenaan untuk dapat pasangan. Tapi sebagai seorang yang tak percaya kepada cinta, sis lebih memilih minum air kelapa bawah pokok sambil menikmati keindahan alam.

2) SD Muhammadiyah

Orait, siapa tak pergi tempat ini memang sayang. Sekolah asal SD Muhammadiyah telah dirobohkan. Oleh sebab filem Laskar Pelangi meletop! Jadi mereka bangunkan replika sekolah Laskar Pelangi ini untuk kunjungan penonton. Kalau korang nampak saja budak-budak yang main area situ, korang ajak je nyanyi lagu Laskar Pelangi. Semua orang tahu lagu tu dan ada lirik dekat dinding depan supaya korang boleh sing along!

1) Museum Kata Andrea Hirata

Kalau korang dah pergi tempat area pantai dan sekolah dalam filem Laskar Pelangi. Apa kata korang pergi Museum Kata yang dibangunkan sendiri oleh penulisnya iaitu Andrea Hirata. Museum ini dipenuhi oleh kata-kata dan tokoh-tokoh sastera seluruh dunia. Korang pun boleh minum kopi dekat museum ini.

Orait, kalau korang plan nak  pergi Belitung. Boleh pergi pada bulan Mei sehingga November. Mereka cakap itu waktu paling sesuai dan laut pun tenang je masa tu. Akhir kata, jangan lupa minum kopi mereka yang terkenal iaitu Kopi Kong Djie. Kata penduduk tempatan, ia adalah kopi wajib bagi masyarakat Belitung. Ada yang minum 3 cawan sehari dan anggap ia sebagai rutin.

 

Okeylah, selamat berwisata!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my