D-Life

5 tip keselamatan untuk ‘ladies’ sebab malang tak berbau!

Oleh  | 

BANYAK sangat isu keselamatan tentang perempuan dibincangkan sekarang ini. Ada macam-macam versi benda-benda ngeri membuatkan kita takut nak keluar rumah.

Tapi bila fikir balik, sampai bila kita nak biar rasa takut menghalang kita daripada nak lakukan sesuatu kan?

Jadi, apa yang penting ialah kita selalu berhati-hati dengan mengambil kira beberapa langkah keselamatan. Ye lah, malang kan tak berbau. Ini adalah antara tip keselamatan yang korang kena take note!

Peka dengan persekitaran

via GIPHY

Benda pertama yang korang kena buat bukanlah pergi belajar silat. Sabar dulu sis!

Korang kena ingat, penjenayah biasanya akan menyerang mangsa yang diihat tidak peka dengan keadaan sekeliling. Jadi, kalau korang keluar ke mana-mana terutama ketika berjalan seorang diri. Pastikan korang berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling bagi mengelakkan korang berpotensi diserang.

Korang kena percaya kepada instinct deria keenam korang. Sebab perempuan punya sixth sense ni lain tau. Kadang-kadang apa yang kita rasa tak selamat itu, memang betul-betul boleh terjadi.

Pergi kelas pertahankan diri

via GIPHY

Ha, lepas itu korang boleh ambil inisiatif untuk daftar ke mana-mana kelas seni mempertahankan diri. Tapi ingat, korang pun kena bijak untuk pilih kelas dan program yang sesuai. Ini kerana, ada banyak kelas yang mengajar teknik pertahanan diri yang tidak realistik. Oleh itu, pastikan tenaga pengajar korang benar-benar menunjukkan cara untuk mempertahankan diri yang praktikal dalam situasi cemas seperti hampir dirogol atau dirompak.

Jangan ikut penjenayah

Ada banyak kes penjenayah meminta mangsa untuk mengikutinya ke dalam kereta, ke dalam bangunan atau ke lorong-lorong. Jika mangsa tidak mengikut arahannya, mangsa akan dapat ugutan bunuh. Ingat! Jangan pernah sesekali mengikut penjenayah. Percayalah, potensi korang untuk dibunuh dan dirogol adalah lebih tinggi. Jadi, jangan takut untuk lari, menjerit meminta tolong atau campak batu untuk menarik perhatian orang awam. Penjenayah biasanya takut dan akan melarikan diri bagi mengelakkan ditangkap.

Pepper spray tak selalunya menjadi!

via GIPHY

Okey korang mesti dah selalu dengar fasal pepper spray ini. Tapi kalau korang nak tahu, 15 hingga 20 peratus tidak boleh menggunakan alat ini untuk menyelamatkan mereka walaupun korang berjaya menyembur keseluruhan wajah penjenayah. Itu belum lagi kalau korang simpan pepper spray dekat dalam dompet.

Masa korang masih meraba-raba mencari pepper spray, silap hari bulan penjenayah tu sempat pukul korang dulu sampai pengsan. Jadi, jangan terlalu bergantung kepada alat semburan ini. Korang kena percaya dengan badan dan kecergasan korang untuk melakukan serangan. Korang berhak untuk mempertahankan diri secara fizikal.

Elak dari kereta dipecah masuk

Pastikan korang kunci pintu dan tutup tingkap kereta korang sewaktu memandu. Selalunya, penjenayah akan pecah masuk kereta yang berhenti di simpang jalan. Dia akan masuk melalui kawasan titik hitam pemandu (blind spot) ke kerusi penumpang.

Jenayah ni memang tak kira masa dan kita sendiri tak akan jangka. Apapun kami berharap agar beberapa tip ini boleh membantu dan menyelamatkan korang dekat luar sana. Girls power!

Sumber: issuesiface.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my