D-Life

5 Tip larian ini wajar diikuti ‘newbie’

Oleh  | 

SETIAP hari kamu merungut; mengapa berat badan kamu kekal sama malah semakin meningkat meskipun diet harian sudah seimbang? Haa, kamu mungkin melupakan satu aspek lain dalam menurunkan berat badan iaitu senaman. Salah satu senaman ringkas yang boleh dilakukan oleh sesiapa, di mana-mana sahaja ialah berlari.

Larian atau jogging banyak manfaatnya selain dapat menurunkan berat badan. Antara lain, dapat menjadikan tubuh badan kamu lebih segar, mood yang lebih baik dan mengurangkan stres.

via GIPHY

Namun, yang paling sukar dalam larian ialah memulakannya.

Jangan bimbang, lima tip berikut mungkin dapat memberi panduan kamu bagaimana untuk memulakan larian.

Cari teman pelari

via GIPHY

Salah satu sebab mengapa kebanyakan pelari pemula tidak konsisten dalam larian disebabkan tiada motivasi yang kuat. Jika kamu memulakan larian, wajar untuk kamu cari seorang teman  supaya kamu lebih bersemangat untuk berlari. Seeloknya, cari juga pelari pemula seperti kamu. Jika ada hari yang kamu malas, dia boleh ingatkan kamu, begitu juga sebaliknya.

 

Buat catatan larian

Elok juga jika kamu mempunyai catatan kamu di mana-mana, supaya kamu boleh melihat perkembangan kamu. Katakan kamu berlari tiga kali seminggu, catatkan target larian kamu untuk tiga kali tersebut, dan catatkan pencapaian sebenar kamu setelah tamat. Kini lebih mudah, terdapat banyak aplikasi di telefon pintar yang membolehkan kamu merekod larian kamu.

 

Mulakan dengan perlahan

Tiada masalah jika kamu bermula dengan perlahan terlebih dahulu, jangan expect untuk terus berlari seperti pelari profesional. Malah jika perlu, mungkin kamu perlu berjalan terlebih dahulu. Kamu perlu ingat, kamu masih novis. Jadi, perlu untuk kamu berlari mengikut tempo dan pace kamu sendiri.

 

Tetapkan sasaran

Kamu perlu tetapkan sasaran kamu secara berkala, supaya kamu lebih bermotivasi. Sasarkan matlamat yang realisitik, sesuai dengan keupayaan kamu. Misalnya mahu mencapai jumlah jarak 10km dalam masa sebulan atau menurunkan 2kg dalam masa dua minggu.

 

Banyakkan minum air

via GIPHY

Air minuman sangat penting untuk seseorang pelari. Dengan meminum air, badan kamu tidak akan terhidrasi ketika berlari. Kamu juga perlu hindari minuman manis seperti soda, kopi atau teh kerana minuman ini akan membuatkan kamu dahaga. Kamu juga digalakkan untuk meminum air berglukosa supaya dapat menggantikan tenaga kamu yang habis semasa berlari.

 

Sumber:  Active.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my