D-Life

5 tip penjagaan bateri telefon ini mungkin boleh selamatkan nyawa korang!

Oleh  | 

KITA sedia maklum bahawa kita hidup dalam dunia yang diperintah oleh teknologi. Saban hari, ada saja inovasi dan penemuan yang diperkenalkan. Semua inovasi dan penemuan pula mendorong kepada penghasilan gajet baru yang bertujuan menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan maju.

Tapi, memperoleh gajet-gajet ini bukanlah mudah. Bukan sahaja mahal malah penjagaannya juga perlulah rapi. Yang paling penting untuk menjaga gajet ini adalah baterinya. Macam-macam kisah kita baca di dada-dada akhbar tentang insiden gajet meletup masa korang plugged-in untuk mengecas.

So, korang kenalah tahu peraturan dan penjagaan untuk mengecas gajet khususnya telefon pintar yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa korang. Here we go!

  1. Jangan gantikan bateri telefon di kedai yang tidak didaftarkan

Kalau korang nak tahu, ada sebuah kes di China di mana seorang gadis memandu keretanya secara tiba-tiba telefonnya meletup. Gadis itu bernasib baik sebab tiada kecederaan parah dilaporkan kerana telefon dia meletup semasa berada di dalam beg tangan.

Jadi, persoalannya, macam mana ianya meletup kan? Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelumnya gadis tersebut telah menukar bateri telefon dia di kedai yang tak berdaftar. Kejadian ini bagaimanapun telah membuka mata semua pengguna yang menukar atau membaiki telefon mereka di kedai-kedai kecil yang menggunakan low-quality produk untuk berjimat. Tapi sebaliknya, bila dah meletup korang sebenarnya akan mengalami kerugian lebih lagi.

  1. Jangan jatuhkan telefon di tempat yang keras

Hati-hati girls, jaga telefon korang macam jaga buah hati tau. Jangan sampai terjatuh! Korang kena tahu bahawa bateri telefon yang ada dalam gajet korang tu terdiri daripada sebatian kimia yang boleh meletup jika komposisi semula jadi mereka terganggu walaupun mengalami hentakan yang sedikit.

Tapi, wujud je situasi di mana korang sendiri yang baling telefon korang. Betul tak? Situasi ni berlaku bila korang tengah marah. No! No! No! Kawal sikit emosi tu sebab ada kejadian di mana bateri telefon terbakar bila korang campak telefon ke lantai. Tak fasal-fasal daripada kebakaran kecil bertukar jadi kebakaran besar. Lagi-lagi kalau korang main campak dalam rumah atau dalam bilik. Bahaya tau!

  1. Jangan cuba-cuba gigit bateri telefon

Siapa je yang buat perkara ni? Mesti korang terfikir soalan ni tatkala dengar point ni kan? Sebenarnya wujud orang yang macam ni. Di China, ada insiden di mana seorang lelaki cuba mengigit bateri telefon gara-gara nak check bateri tu original atau tidak. Aduh, ingat check emas ke bro? Lepas dia gigit, bateri tu terus meletup. Nasib sempat dia bawa keluar dari mulut dia. Kalau meletup dalam mulut, tak tahu lah nak cakap macam mana. So girls, kalau nak check originality tu pun sila pakai akal dahulu okey?

  1. Jangan pakai pengecas gantian

Setiap telefon mempunyai pengecas original mengikut jenama masing-masing. Bila korang beli telefon mesti akan dibekalkan dengan pengecas punyalah! Tapi ada juga kes di mana cable pengecas original ni tak tahan lama, rosak dan hilang. Jadi, kebiasaannya korang akan pergi ke kedai aksesori telefon untuk mendapatkan cable. Cable ni pula korang beli disebabkan ada jaminan warranty yang lama. Betul tak?

Tapi, guna cable seperti ini boleh menyebabkan bateri telefon korang menjadi terlalu tinggi sekali gus menjadi panas yang boleh membawa kepada letupan. Korang bukan sahaja risikokan telefon korang tapi nyawa korang juga. So, belilah yang original daripada kedai jenama telefon yang korang pakai. Biar mahal asalkan selamat!

  1. Jangan guna telefon masa mengecas

Point ni ramai yang sudah tahu tapi ramai yang tak endahkan. Korang tahu tak perbuatan ini boleh membawa maut. Di India, seorang gadis berusia 18 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang disebabkan oleh letupan telefonnya semasa dia sedang bercakap ketika mengecas. Di Malaysia pun apa kurangnya, dilaporkan seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik semasa sedang mendengar lagu sambil telefonnya dicas. Haa, pandai-pandailah korang fikir sendiri.

Baiklah, team Dhia dah bagi langkah untuk korang berjaga-jaga selebihnya terpulang lah kepada korang okey. Nanti jangan kata Dhia tak payung!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my