Be-You-Ty
5 tips bercukur dengan bijak!
SEBAGAI seorang manusia, mempunyai rambut pada anggota badan merupakan satu perkara yang biasa dan normal. Ada fungsinya bulu atau rambut pada anggota badan kita tumbuh.
Bergantung pada sesetengah individu, ada yang memang lebat dan ada yang halus dan sedikit sahaja. Kalau rambut di bahagian anggota badan itu dah terlalu lebih dan sukar untuk dikawal, lebih baik korang cukur.
Nak bercukur pun kena dengan cara yang betul dan sangatlah penting untuk korang ketahui langkah-langkah dan tips yang betul. Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 tips bercukur dengan bijak.
‘Exfoliate’
Sebelum korang capai pisau cukur tu dulu, sis nasihatkan korang untuk exfoliate dulu kulit korang. Tips ini adalah sangat penting sebab korang dah buang sel-sel kulit mati dan kerja mencukur tu akan menjadi lebih mudah.

Cukup 3 kali guna, tukar yang baru
Tips ini adalah bertujuan untuk pisau cukur yang korang beli tu. Sis sarankan kepada korang untuk tukar pisau cukur setelah tiga kali korang guna. Elakkan memakai lebih daripada tiga kali supaya tidak berlaku iritasi dan sebagainya.

Tak ada ‘shaving foam?’
Korang nak bercukur tu jangan main cukur je tanpa menyapu apa-apa pada kulit tu, Bukan apa, sis tak nak kulit korang nanti akan jadi lebih kering dan kasar. Jadi korang gantikan dengan menggunakan conditioner.

Cukur ‘downward then upward’
Untuk mengelakkan daripada maslaah ingrown hair, korang kena cukur dari downward ke upward. Jangan cukur dengan upward direction je okay? Pada korang yang mempunyai kulit sensitif ni adalah penting untuk amalkan cara ni.

Luka macam mana?
Kalau korang mempunyai luka atau sebarang kecederaan pada kulit, sis cadangkan untuk korang elakkan daripada mencukur pada tempat cedera tu, supaya tidak berlakunya jangkitan kuman dan cedera menjadi lebih teruk.

Sembang pasal bercukur ni, kalau korang nak fed up untuk bercukur, superdeals ada buat promosi Laser Permanent Hair Removal (Alma) – Underarm for 1 Person (1 Session). Harga cukup murah dan rugi lah kalau tak beli





Komen Terkini