Be-You-Ty

5 Tips mudah untuk menanggalkan kesan daki

Oleh  | 

DAKI adalah kesan hitam dimana kumpulan sel-sel kulit mati yang terkumpul pada bahagian celah-celah angota badan kita. Kalau dibiarkan ianya terkumpul, akan menimbulkan masalah kulit yang lain.

Bagi wanita, mempunyai daki yang degil adalah satu masalah yang amat menggangu keyakinan diri sendiri. Disebabkan daki yang degil itu, menyebabkan korang memakai pakaian yang bertutup.

via GIPHY

Masalah daki ni bukan hanya mengganggu wanita malah lelaki juga turut menjadi mangsa.

Jadi sis nak kongsikan 5 tips yang boleh diamalkan secara konsisten. Jom baca!

Buah lemon

Ya, buah lemon memang mempunyai banyak kelebihan dalam bab kecantikkan ni. Antara salah satu yang boleh membantu kulit menjadi lebih cantik adalah, menghilangkan daki yang degil pada celah kulit tu.

via GIPHY

Apa yang korang boleh buat adalah celupkan kapas dalam perahan air lemon dan sapu pada kesan hitam dekat kulit dan biarkan selama 20 minit. Bilas apa bila tiba masanya.

Serbuk Kopi

Serbuk kopi yang korang bancuh dengan air untuk minum tu sebenarnya ada jugak kelebihan yang lain.

via GIPHY

Seperti contoh, korang boleh guna serbuk kopi tu campur sedikit dengan air suam dan jadikan scrub pada bahagian kulit yang mempunyai daki degil tersebut. Amalkan selalu untuk hasil yang cepat!

Biji Almond

Kebanyakkan produk kecantikkan juga turut menggunakan biji almond kerana khasiatnya yang kaya dengan vitamin E. Vitamin E pula mampu menjanjikan kulit yang cerah dan sihat.

via GIPHY

Hancurkan lapan biji almond dan campurkan dengan satu sudu teh susu dan dan madu. Sapukan pada daki degil tersebut dan biarkan selama 30 minit sebelum membilas sehingga bersih.

Oats

Oats adalah bagus unutk membuang sel-sel mati pada kulit.

via GIPHY

Caranya adalah korang boleh blend dua sudu oats dan kisar secara dan campurkan sedikit dengan tomato yang dihancurkan.

Sapukan pada bahagian yang berdaki dan biarkan selama 20 minit, dan bilas sehingga bersih. Kalau nak hasil yang lebih cepat, korang amalkan pemakaian ini selama dua hingga tiga kali seminggu,

Baca juga: Celah peha hitam, jangan risau ini cara untuk menghilangkan!

Strawberry

Buah ini bukan hanya membantu untuk memutihkan gigi. Malah dapat membantu untuk melawan dan membuang sel-sel kulit mati juga.

via GIPHY

Hancurkan buah strawberry ni dan campurkan dengan satu sudu madu dan kacau sehingga ia menjadi pes. Sapukan pada bahagian berdaki dan bilas setelah 10 minit berlalu.

Kalau korang nak kan hasil yang cepat, pastikan korang amalkan tips ini secara konsisten barulah boleh lawan sel-sel kulit mati  tu dan semoga berjaya!

Sumber: Bejelita

 

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Ini kesilapan yang sering korang lakukan ketika bersolek!

Tips mudah untuk bulu mata panjang dan cantik 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my