Be-You-Ty

5 Tips penjagaan rambut bagi korang yang bertudung

Oleh  | 

BERTUDUNG tak bermakna korang tak perlu kisah pasal rambutkan? Ha! kita perempuan ni memang lah ada rasa nak melawa pakai tudung mahupun tidak!

Kadang kala memang betul, sukar untuk jaga rambut kalau korang bertudung. Contohnya kalau korang kena keluar dalam seharian tu memang akan terganggu sikit.

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 langkah mudah untuk korang jaga rambut walaupun berhijab seperti sis!

Elak cuci rambut setiap hari

Kalau bertudung tak bermakna rambut korang tu akan rosak. Kadang kala ia melindungi rambut dari kotoran dan debu luar yang boleh menyebabkan punca kelemumur! Jadi tak perlu untuk korang mencuci rambut tu setiap hari okay? Kulit kepala nanti pun akan kering. Sis cadangkan cuci rambut dalam 3 kali seminggu sahaja.

Jenis tudung

Untuk elakkan kulit kepaal terasa gatal akibat terperap dengan tudung, sis cadangkan dekat korang untuk pilih tudung yang mempunyai jenis kain yang ringan agar pengedaraan udara tidak terganggu dan selalu basuh tudung tu!

Rawat rambut

Korang kena manjakan sikit rambut korang tu. Jangan sibuk nak manjakan boyfriend je, rambut dulu okay sisters? Korang perhatikan hujung rambut tu kalaubercabang, eloklah korang trim sikit supaya rambut dapat tumbuh dengan lebih baik!

Rehatkan rambut 

Korang boleh dapatkan serum untuk khasiat rambut yang baik dan kalau rambut masih lagi basah, koran gbiarkan ia kering dengan sendiri terlebih dahulu dan jangan pakai tudung ketika rambut basah!

Salon

Sis cadangkan korang untuk ambil masa pergi ke salon untuk mencuci rambut dan kenali rambut korang dengan lebih baik supaya korang nak jaga nanti pun lebih senang!

Sembang pasal rambut ni, Superdeals ada buat promotion untuk cuci, potong dan juga blow! Rugi beb kalau tak ambil promotion ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my