Be-You-Ty

5 tips wajib untuk hilangkan jerawat di badan

Oleh  | 

Hello gadis-gadis trendy semua! Hari tu sis dah kongsikan dekat korang banyakk tips penjagaan kulit muka kan? Ha sebab kebanyakkan jerawat dan jeragat sering serang muka kita kan.

Lagi satu sis nak cakap dengan korang, bukan muka sahaja jerawat tumbuh, sesetengah orang, abhagaian belakang badan tu pun jerawat tumbuh.

Mesti korang pelikkkan kenapa jerawat tumbuhb dibahagian belakang tu dan oleh sebab itu sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak elak dan apa yang korang perlu buat.

Kerap mandi

Mandi dengan kerap ini adalah cara yang paling mudah sekali untuk korang bersihkan kulit tu. Bila korang mandi, liang-liang pori tu akan kerap bersih daripada segala jenis kotoran dan kemungkinan untuk jerawat tumbuh tu akan berkurang!

Tukar sabun gel dan mandian

Kadang kala, sabun gel dan mandian itu tidak bersesuaian dengan kulit kita. Oleh sebab itu berlakulah keradangan itu. Jadi, apa kata korang tukar sabun gel mandian tu kepada sabun yang lebih friendly sikit pada kulit!

Minum air mineral

Minum air banyak ini semamangnya bagus untuk keseluruhan tubuh kita. Kadang kala, apa yang kita terlepas pandang itu boleh menjadi punca sesuatu masalah. Dengan minum air banyak ini, badan akan mengeluarkan toksik yang dalam badan tu.

Tukar sabun pencuci baju

Sesetengah bahan dalam sabun itu boleh menyebabkan berlakunya jerawat pada belakang kulit, Oleh sebab itu, cuba korang tukarkan sabun detergen yang mempunyai kurang bahan kimia.

Elakkan makanan bergoreng

Makanan bergoreng sebenarnya adalah penyumbang besar kepada maslaah kulit seperi jerawat. Bukan sebab apa, disebabkan lebihan minyak yang terkumpul itu boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada badan. Bnayakkan makan sayur dan buah-buahan!

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk menyelesaikan masalah jerawat pada kulit badan tu!

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my