Be-You-Ty

6 cara runcingkan wajah untuk dapatkan ‘jawline on point’

Oleh  | 

SESETENGAH gadis memang pantang kalau pipi tembam sedikit. Mulalah tak senang duduk dibuatnya. Bila pipi berisi sikit, mulalah ada double chin, dan gadis-gadis akan cari jalan untuk mengatasinya dan mengimpikan bentuk rahang yang cantik. Garis rahang on point, bak kata orang.

Kalau kamu antara yang mencari-cari cara untuk dapatkan jawline cantik, ini enam cara yang mungkin boleh kamu cuba.

Buat senaman muka

Practice chin lifts.

Ada beberapa senaman muka yang boleh kamu praktikkan jika kamu benar-benar mahu hilangkan segala lemak di wajah. Antaranya dengan memusingkan kepala beberapa kali juga buka tutup rahang secara berulang (chin lift). Amalkan secara rutin setiap hari untuk seberapa tempoh. Pasti wajah kamu nanti runcing bak peragawati.

 

Senyum dengan lebih kerap

via GIPHY

Siapa sangka, senyum bukan sekadar sedekah, malah satu cara untuk melatih pembentukan wajah. Tetapi untuk dapatkan jawline cantik, kamu mestilah senyum secara kerap. Kalau setakat senyum-senyum kambing, lambatlah wajah kamu mahu runcing. Jadi senyum selalu, ya!

 

Buat fish face

via GIPHY

Perasan tak, muka ikan semuanya melengkung ke dalam. Kamu boleh dapatkan wajah runcing hanya dengan mengajuk semula bentuk muka seperti ikan. Sedut pipi kamu ke dalam dan cuba senyum. Tahan untuk lima saat dan ulang. Muka fish face itu akan membantu kamu membentuk otot pipi.

 

Kunyah gula-gula getah

Kunyah gula-gula getah akan melibatkan pergerakan rahang yang kerap. Ini dapat mempertajam pipi kamu sekali gus membentuk garis rahang. Lagipun, kunyah gula-gula getah sesuatu yang seronok untuk dibuat dan tidak melibatkan kos yang mahal.

 

Kurangkan garam dan MSG dalam makanan

via GIPHY

Antara penyebab pipi kamu berisi ialah gemuk air, iaitu lemak yang terkumpul di bahagian badan akibat garam yang berlebihan. Juga elakkan makanan yang ber-MSG seperti jajan dan makanan ringan lain. Makan makanan yang berkhasiat dan kurang lemak. Ingat lemak bukan sekadar berkumpul di perut dan bahagian badan yang lain, pipi kamu juga tidak perlukan lemak berlebihan!

 

 

 

Sumber:  iDiva

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my