D-Life

6 Filem seram wajib korang tengok hujung minggu ini!

Oleh  | 

CERITA-cerita hantu ini memang kita dah dengar sejak kita kecil. Sampai sekarang pun cerita berunsurkan seram ini memang mendapat tempat dan permintaan yang agak popular terutamanya dalam kalangan anak muda. Sebab cerita seram ini memang boleh buat jantung kita berdebar-debar, menjerit sepuas hati dan yang paling penting buat kita semua tertanya-tanya sepanjang jalan cerita.

Setiap tempat dan negara sebenarnya ada macam-macam versi hantu. Kebanyakannya memang disebabkan oleh roh tak aman. Pendek kata, hantu ini memang menunjukkan semangat jahat yang tak baik menganggu manusia.

Jadi, apakata korang tengok antara beberapa filem horor yang sis cadangkan ini.

via GIPHY

Dabbe: The Possession

Menduduki carta pertama yang sis cadangkan ialah filem Turki arahan Hasan Karacadag. Cerita dia seram sebab dia buat ala-ala vlog dan korang rasa benda itu betul-betul jadi. Hantu dalam filem ini pula jin yang menganggu manusia tau jadi proses nak bunuh tu tak senang. Banyak la juga dia tunjuk cara nak halau hantu. Memang seramlah. Cerita ni pun dah ada kat Netflix jadi silalah tengok.

Munafik

Filem ini telah melonjakkan nama Syamsul Yusof sebagai pengarah filem apabila filen ini telah menjadi antara filem tempatan yang mendapat kutipan  tertinggi iaitu 17.04 juta. Ia juga antara filem paling laris tahun 2016. Cerita dia pula sangat berkait kalau korang seorang Islam sebab ia menceritakan kisah seorang pengamal perubatan. Ayat yang dibaca dalam filem ini pun memang ayat betul yang para ustaz baca untuk ubat orang sakit.

Makmum

Sebagai seorang yang sembahyang, makmum memang benda yang relatable. Lokasi waktu nak buat filem ini pun boleh tahan seram juga sebab ia asalnya adalah sebuah hospital yang ditinggalkan bertahun-tahun. Pelakon utama filem ini. Titi Kamal pun pernah kena ‘tegur’  waktu dia tengah solat sebuah bilik yang dulunya adalah bilik mayat.

Cooming Soon

Kalau korang jenis yang suka tengok cerita hantu dekat wayang, filem Thailand ini memang boleh menguji keutuhan semangat korang. Mana taknya, cuba korang bayangkan hantu yang korang tengok dekat pawagan boleh pula wujud dekat dunia nyata. Bukan itu sahaja, hantu itu tak habis -habis ikut korang dan ambil kawan korang ke dunianya.

The Conjuring

Filem James Wan ini mendapat tempat di hati peminat cerita hantu apabila membawa watak Ed dan Lorraine Warren iaitu penyiasat hantu yang memang wujud di dunia nyata. Mereka adalah pasangan yang paling diharapkan untuk menyelesaikan kes roh jahat yang menganggu manusia. Ia filem yang penuh dengan elemen kejutan dan tambahan pula, kes yang diceritakan dalam filem ini pun memang terjadi di dunia nyata.

IT

Ini adalah filem adaptasi novel Stephen King dan tak sangka ia meletup semenjak sejak kali pertama ia ditayangkan. Ia adalah filem yang wajib tonton sekiranya korang dilabelkan kebal filem seram oleh kawan-kawan. Berbeza dengan hantu di Asia, IT menampilkan badut sebagai hantu yang ternyata tidak kurang seramnya. Nak pula bila ia dilakonkan oleh kanak-kanak. Badut dalam cerita ini pun seram ya! Bila dah tengok bahagian pertama, jangan lupa tengok vahagian kedua pula.

Baiklah, itulah antara filem yang sis cadangkan korang tengok hujung minggu ini. Korang rasa, ada tak filem yang betul-betul seram? Cuba roger sis dekat ruangan komen ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my