Be-You-Ty

6 kesilapan besar pada kulit yang korang kena stop!

Oleh  | 

PERNAH tak korang dah puas cuba untuk jaga kulit tapi tetap jugak jerawat naik, segala jeragat tak hilang dan kulit muka korang masih lagi kusam? Kadang-kadang sampai naik stress! Bila stress bertambah lagi lah kulit muka korang buat perangai.

Menjaga kulit tak ada masalah tapi biarlah dengan cara yang betul. Sometimes, kita terlalu sibuk untuk jaga kulit muka, sampaikan terlepas pandang kesilapan yang kita buat.

via GIPHY

So today, sis nak kongsikan dekat korang 6 kesilapan besar yang korang mungkin terlepas pandang. Pastikan baca sampai habis baru boleh improve!

Oh no! Mana SPF?

Siapa kata SPF tak penting?! Ia adalah sangat penting untuk melindungi kulit korang daripada cahaya UV yang cukup bahaya untuk merosakkan kulit. Kalau tak amalkan,boleh mengakibatkan kulit korang jadi sunburn dan berkedut cepat. Pastikan korang amalkan setiap hari!

via GIPHY

Baca juga: Stop! Berhenti rosakkan kulit dengan skincare routine korang

Basuh muka dengan air panas

Mencuci muka dengan air panas akan mengakibatkan kulit kering. Gunakan air suam untuk mencuci muka. Bukan air panas.

Benda yang paling panas yang korang boleh pakai dekat kulit muka pun hanyalah steam air panas. Fungsinya untuk mengeluarkan kotoran dalam pori muka and thats it!

via GIPHY

Tak bersihkan muka dari make up

Ye, sis faham korang dah penat seharian kerja sampaikan letih nak bersihkan muka korang daripada make up dan terus tidur. Tapi korang kena ingat, ini merupakan satu kesalahan yang besar pada kulit muka tau!

Melainkan korang memang nak ternak jeragat, bolehlah amalkan benda ni.

via GIPHY

Baca juga: 5 benda korang kena elak daripada ternak ‘blackheads’

Produk Putih Muka? No thanks!

Kebanyakkan masyarakat kita ni suka sangat orang kulit putih sampaikan boleh datangkan stress pada perempuan. Bila perasaan insecurity tu datang, mulalah nak cuba whitening product. Kalau ada antara korang yang guna, sis nasihatkan berhenti serta-merta! Lagi-lagi product yang tidak ada KKM ni.

Embrace your skin color!

via GIPHY

Setiap hari pakai face mask? No!

Nak pakai face mask takde masalah, tapi jangan lah sampai setiap hari sis! Naik kering  muka tu nanti. Paling sesuai korang pakai dua kali seminggu je. Jangan kacau sangat kulit muka tu!

via GIPHY

Cuci muka yang berminyak

Selalunya kita sering ingat kalau muka berminyak, ni bermakna kita perlu cuci muka kan? Salah sama sekali. Minyak pada muka tu ada kelebihannya!

Minyak pada kulit muka bertindak sebagai melembapkan kulit dan apa yang korang kena buat, hanyalah pastikan kulit korang bersih je.

via GIPHY

Sumber: ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my