Kolaborasi

6 Lokasi ‘scuba diving’ wajib cuba di Malaysia

Oleh  | 

MALAYSIA kaya dengan kepelbagaian bio, merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Eh, macam biasa dengar kan ayat ni? LOL.

Salah satu habitat yang kaya dengan kepelbagaian bio ialah lautan. Untuk menikmati syurga bawah laut, kamu boleh cuba menyelam skuba di beberapa lokasi di Malaysia.

Lokasi menyelam terbaik di Malaysia boleh didapati di perairan tenggara Sabah. Selain itu, kalau di Semenanjung pula, lokasi paling sesuai untuk menyelam skuba ialah Pantai Timur, tetapi lokasi ini terdedah kepada angin  monsun tahunan antara Oktober hingga Mac.

Ini kami senaraikan 6 lokasi menyelam skuba paling best di Malaysia:

Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai, Sabah

FOTO: Wikipedia

Tiga pulau serangkai ini boleh dikatakan tapak selam skuba terbaik di Malaysia (malah di dunia juga, jangan terkejut!). Sipadan, meskipun perairannya paling best kalau kamu nak cuba menyelam skuba, tetapi aktiviti kamu terhad secara permit harian. Begitu juga dengan Pulau Mabul. Kapalai pula bukanlah lokasi menyelam skuba yang dalam, tetapi di situ terdapat beting pasir di mana berdirinya resort-resort di atasnya. Dalam senarai ini, Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai disekalikan kerana mustahil sekali kamu pergi hanya salah satu tanpa pergi ke pulau-pulau lain.

 

Pulau Layang-Layang, Sabah

FOTO: Wikipedia

Pulau Layang-Layang bukanlah pulau tropika, tetapi pulau buatan manusia yang diperbuat daripada konkrit di atas beting pasir besar di atas paras laut. Pulau ini jauh dari tanah besar iaitu sejauh kira-kira 300km dari Kota Kinabalu, Sabah. Disebabkan pulau ini jauh, ia selamat daripada ‘sentuhan-sentuhan nakal’ manusia, jadi perairannya kekal cantik dan bersih. Pulau ini menjadi habitat banyak hidupan daripada spesis besar sehinggalah kawanan ikan.

Pulau Redang, Terengganu

FOTO: my.travelmalaysia.me

Pulau Redang ialah pulau pertama yang bukan terletak di Borneo yang berada dalam senarai ini. Pulau Redang terletak di dalam Taman Marin Terengganu, berhampiran Kuala Terengganu di Pantai Timur Malaysia. Pulau Redang mempunyai tapak menyelam skuba yang sempurna bagi penyelam skuba professional atau amatur. Walau bagaimanapun, Pulau Redang tidak boleh dilawati dari Oktober hingga Mac kerana perubahan angin monsun.

Pulau Tioman, Pahang

Keadaan tapak menyelam di Pulau Tioman mirip dengan pulau-pulau di pantai timur Semenanjung Malaysia. Namun apa yang istimewa tentang Tioman ialah pulau ini bukan sahaja lokasi menarik untuk menyelam skuba, tetapi juga untuk snorkeling dan juga kayak. Selain melalui feri, kamu boleh ke Pulau Tioman dengan menaiki pesawat yang disediakan oleh Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Tioman setiap hari.

 

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian salah sebuah pulau terbaik untuk mengikuti kursus menyelam skuba. Kawasan perairannya sangat sesuai untuk penyelam beginner, dan terdapat sangat banyak spot menyelam yang patut kamu cuba. Selain menyelam skuba, Pulau Perhentian juga sesuai untuk snorkeling, dengan terumbu karang yang cantik dan hidupan marin yang pelbagai (kamu boleh berenang dengan ikan-ikan besar dan penyu!). Kursus menyelam skuba di Perhentian juga antara yang termurah di Malaysia.

FOTO: Superdeals

Mahukan kursus menyelam skuba yang lebih murah tanpa perlu pergi ke tapak scuba diving? Superdeals ada tawaran yang hebat untuk kamu. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my