D-Life

7 tip berjimat untuk gadis ‘trendy’ supaya tak pokai pada hujung bulan!

Oleh  | 

MEMANG adat menjadi perempuan apabila sentiasa mendahului kehendak kita berbanding keperluan yang penting dalam berbelanja. Sudahnya kita akan terlebih berbelanja setiap bulan dan akan ‘pokai’ sebelum gaji untuk bulan seterusnya tiba.

Tak elok kan ada lifestyle seperti ini? Tak kira apa keadaan sekalipun kita mesti perlu ada wang simpanan. Sekurangnya wang simpanan boleh digunakan sekiranya kita berada dalam keadaan terdesak. Kalau setiap bulan terlebih belanja macam mana nak menyimpan kan?

Hari ini Dhia nak share dengan korang 7 tips berguna untuk cut perbelanjaan seharian kita supaya tidak terlebih berbelanja. Jom kita praktikkan untuk selamatkan wang kita!

1.  Masak Di Rumah

Kalau korang tinggal di rumah sewa, boleh lah korang cuba memasak. Masak di rumah lebih menjimatkan tau. Lagipun selain dapat menyimpan duit, korang boleh asah skill memasak juga. Nanti bila sudah berumahtangga tak adalah kekok.

2. Kad Kredit

Tidak dinafikan, ada juga kebaikan sekiranya memiliki kad kredit. Namun, janganlah guna secara berlebihan dan perlu bijak kawal perbelanjaan korang. Sebaiknya elakkan membeli barang runcit dengan menggunakan kad kredit kerana nafsu membeli perempuan ni sukar nak dikawal. Kurangkan selagi boleh ye.

3. Bijak Membeli

Sebelum membeli sesuatu barang, bandingkan harganya dulu dengan kedai-kedai lain. Korang kena bijak dalam survey barang kerana kadang kala item yang kita hendak beli berbeza harga walaupun jenis yang sama. Kena jadi pembeli yang bijak selepas ini.

4. Mix and match Baju

Ha, ni salah satu cara untuk kurangkan bajet shopping korang setiap bulan. Dhia yakin dalam almari korang penuh dengan pakaian tetapi pada akhirnya kita akan jadi buntu untuk pakai pakaian yang sama. Sebaiknya mix and match kan pakaian korang dan rotate semula pakaian yang ada. Contohnya, sekiranya minggu lepas korang gayakan baju itu bersama jeans, minggu ini cuba gayakan bersama skirt atau outer pula. Nak bergaya kena la kreatif dan bijak kan?

5. Jualan Murah (Sale! Sale! Sale!)

Kalau dah tak mampu bendung nafsu shopping korang tu, korang boleh spend duit untuk shopping baju tapi perlu alert tentang jualan murah yang ada. Pentingnya jualan murah ni adalah kerana korang boleh membeli lebih daripada satu item dengan harga yang lebih murah. Ini lebih menguntungkan betul tak?

6. Berhibur

Kurangkan aktiviti yang perlu mengeluarkan duit. Sekali sekala tu tiada salahnya. Tetapi ada masa, korang boleh habiskan masa dengan melakukan aktiviti di rumah sahaja. Selain dapat menenangkan diri selepas penat berkerja, korang boleh juga jimat wang di situ.

7. Bercuti

Tak salah kalau nak bercuti. tapi korang perlu bijak merancang perjalanan dan perbelanjaan supaya tidak overspend duit pada percutian korang.

Jadi selepas ini tanamkan semangat dalam diri korang untuk menyimpan. Jadikan menabung duit sebagai amalan kerana kita tidak tahu kemungkinan yang mendatang. Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan girls? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my