Serious?!
72 jam mayat terperap dalam beg pakaian!
Korang tahu tak? baru je beberapa jam yang lepas ada satu kes ngeri yang terjadi di Shah Alam! Ada seorang juruteknik telekomunikasi terhidu satu bau yang kurang menyenangkan. Selepas juruteknik tersebut periksa dari mana datangnya bau busuk tersebut,alangkah terkejutnya bila dia terjumpa satu luggage besar yang berisi badan manusia!

Disangkakan beg pakaian yang terbuang, rupa-rupanya beg yang dibuang tu berisi beberapa bahagian anggota badan manusia! Apa lagi terus call polis! Lepas dia inform polis, polis sampai ke tempat kejadian and check mangsa yang dijumpai tu. It turns out, mayat tu merupakan seorang wanita yang memang yakin dibunuh dan disumbat ke dalam beg sebelum dicampak ke dalam parit Persiaran Kuala Selangor.

Dahsyatnya! Apa lah yang menyebabkan mangsa diperlakukan sampai macam tu sekali? Mangsa itu dikatakan berumur dalam lingkungan 20-30 an. Apa yang lebih mengerikan lagi,kepala mayat itu dibalut dengan plastik yang berwarna hitam. Pihak polis ada menyatakan yang mangsa tu dah pun meninggal dunia dalam tempoh tiga hari yang menyebabkan ia berbau. Disebabkan kes ni masih lagi baru, kita tengok update kes ni dari pihak polis.
To all the girls diluar sana tu sis nak nasihatkan korang, tolonglah berhati-hati dengan keadaan sekeliling! Zaman sekarang ni its okay to be scared dengan surroundings sendiri. Kalau boleh, elakkan pergi ke tempat sunyi atau parked kereta dekat tempat sunyi. Spend sikit untuk safety! Beli pepperspray atau pocket knife dan kalau boleh move in groups!
Apa-apa pun kita tengok apa yang bakal dibongkar. Watch out girls!





Komen Terkini