D-Life

8 pilihan ‘dessert’ yang mencerminkan keperibadian korang, ‘Check em out!’

Oleh  | 

Korang suka makan dessert tak? Of course la korang suka kan suka lagi-lagi dinikmati selepas makan. Kalau korang nak tahu sebenarnya favourite dessert kita boleh mencerminkan keperibadian kita tau. Sebenarnya sudah banyak kajian yang dilakukan untuk mencari hubungan antara makanan dan keperibadiaan seseorang. Salah satunya adalah mengkaji keperibadian seseorang melalui pilihan pencuci mulut mereka.

Nak tahu apa makna sifat keperibadian di sebalik dessert yang korang suka? Meh Dhia share dekat korang.

Chocolate cake

Ha, untuk sesiapa yang sukakan apa-apa makanan yang bertemakan coklat, korang sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa bersemangat. Penggemar coklat biasanya mempunyai semangat yang besar untuk mencapai cita-cita mereka.

Aiskrim

Never say no to ice cream! Orang yang menyukai aiskrim sebenarnya lebih menghargai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup mereka. Mereka akan menikmati hidup mereka sama seperti mereka menikmati ais krim.

Carrot cake

Penggemar carrot cake mempunyai sifat yang mudah disenangi oleh orang lain. Selain itu penggemar dessert ini juga seorang yang penyayang dan unik. Mereka biasanya akan memberikan buah fikiran yang bernas dan kreatif setiap kali berdepan dengan masalah.

Strawberry shortcake

Siapa je yang akan tolak dessert yang sedap macam ni betul tak? Penggemar dessert  klasik ini sebenarnya mempunyai karakter yang concern terhadap orang sekelilingnya. Penggemar strawberry shortcake juga seorang yang tidak lokek memberi pertolongan kepada sesiapa pun.

Brownies

Pencinta brownies disifatkan sebagai seorang yang sukakan cabaran. Mereka lebih suka mengharungi apa-apa kemungkinan dengan berani. Brownies lover juga tidak suka memandang masalah mereka sebagai satu bebanan. Mereka lebih sukakan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung.

Dipped Strawberry

Strawberry dan coklat? Ini kombinasi makanan yang paling seksi dan lazat betul tak? Kalau favourite dessert korang adalah dipped strawberry, korang sebenarnya mempunyai sisi yang romantis. Peminat dessert ini suka menikmati setiap moment dan suka meluangkan masa bersama orang yang tersayang.

Creme Brulee

Penggemar creme brulee disifatkan sebagai seorang yang sopan santun. Jika kita kenal lebih mendalam lagi dengan penggemar dessert ini sebenarnya mereka seorang yang suka bersederhana dan tenang.

Chocolate chip cookies

Sesiapa yang suka chocolate chip cookies ini adalah seorang yang masih mempunyai sifat kebudak-budakan dalam diri mereka. Mereka lebih suka mengenang memori-memori ketika mereka masih kecil.

So mana satu favourite dessert korang?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my