Inspirasi Dhia

8 tahun yang indah, Tulus kongsi cerita kaset dan ibu

Oleh  | 

TIDAK tahu magis apa yang ada pada penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Indonesia ini apabila berjaya membuat orang ramai ketawa, menari dan bersedih pada masa yang sama.

Konsert Tulus Sewindu Tour yang dibawakan oleh Shiraz Projects di Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan sejarah lain bagi Muhammad Tulus apabila nyanyiannya yang begitu syahdu menyusup ke hati rakyat Malaysia.

Karyanya berkali-kali ditolak

Sewindu bermaksud lapan tahun. Konsert ini diadakan sebagai meraikan perjalanan 8 tahun Tulus bergelar penyanyi. Ia bukanlah perjalanan yang mudah untuknya. Ada banyak kekecewaan yang merintangi perjalanannya selama ini. Lagu dan karyanya berkali-kali ditolak sebelum dia berjaya menemui Ari, orang yang percaya kepada kebolehan nyanyian dan muziknya.

Dengan nada terharu, Tulus membuat pengakuan bahawa tidak pernah terfikir muziknya akan mampu membawanya terbang ke Malaysia.

FOTO: Hotfm

“Ada banyak kejutan yang berlaku selama saya bergelar penyanyi. Antaranya ialah mengadakan konsert di sini,”

Tulus memanggil Ari berdiri di atas pentas bersamanya. Menjadi orang yang paling mempercayai kebolehan Tulus semestinya menjadikan Ari individu penting dalam perjalanan karier muzik Tulus. Apabila diminta untuk mengucapkan sesuatu kepada Tulus, ini pengakuan Ari.

“Saya selalu bangga kepadanya,” Ia kedengaran padat dan mengesankan sehingga para hadirin dapat merasai keakraban dua sahabat itu.

Ibu dan kaset

Tulus turut bercerita tentang masa kecilnya yang terdedah dengan muzik.

“Dulu, ibu saya akan menjual apa sahaja barang yang boleh dapat wang. Antaranya kaset. Kalau markah peperiksaan saya bagus. Ibu akan membenarkan saya memutarkan muzik kesukaan saya. Secara tidak langsung, dia sudah memberi pendedahan sejak kecil,” cerita Tulus sewaktu konsert.

Tulus yang mula terkenal di Malaysia menerusi lagu Pamit yang mula diperdengarkan di corong-corong radio sejak beberapa tahun lepas mula mencuri perhatian sekaligus membina namaya di Malaysia.

Ketika lagu itu berkumandang di konsert tempoh hari, pengunjung nampaknya terdiam dan terpukau mendengarkan nyanyian penyanyi itu. Masing-masing larut dalam melodi lagu Pamit yang sungguh menyentuh hati diiringi oleh barisan pemuzik handalan.

 

View this post on Instagram

 

Peh. Suara Tulus ni versi live lagi sedap eh?! 😍 Lagu Pamit ni rasa terngiang-ngiang lah 😂 @tulusm #TulusSewinduTourKL

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Dua jam konsert malam itu terasa begitu pantas berlalu.  Tulus menyanyikan 23 buah lagu popularnya seperti Langit Abu Abu, Gajah, Ruang Sendiri, Labirin, Teman Pesta dan banyak lagi.

FOTO: Hotfm

Apa yang lebih menakjubkan apabila Tulus turut menyanyikan beberapa buah lagu ‘cover’ seperti akustik Cinta Jangan Kau Pergi serta lagu lain seperti Bila Larut Malam nyanyian lagenda negara, Saloma.

Persembahan menjadi lebih seronok apabila mereka menjadikan beg travel Tulus sebagai salah satu alat muzik mereka. Wow!

Satu hal lain yang menarik tentang penyanyi ini ialah, dia sangat menghargai semua yang berada di sekelilingnya. Selain tidak putus mengucapkan terima kasih kepada penonton yang hadir. Tulus juga menghargai pemuzik yang mengiringi nyanyiannya dan memperkenalkan mereka satu per satu di atas pentas.

Konsert malam itu turut dihadiri penyanyi dan selebriti terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Nabila Huda, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Indah Ruhaila dan ramai lagi.

Tulus bakal menyambung konsert jelajahnya di beberapa kota di Indonesia selepas ini. Ha, kalau ada yang terlepas konsert di Malaysia, boleh ke Indonesia pula. Sumpah layan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my