D-Life
Beware, sifat-sifat ini boleh buat kita jadi seorang pembuli!
KORANG pernah tahu apa maksud buli yang sebenar? Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan mereka. Pada zaman milenia ini, buli tidak hanya pada fizikal badan sahaja. Menyakiti hati orang lain tanpa tujuan yang jelas pun boleh dianggap sebagai buli tau. Mungkin kes-kes buli yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini berpunca daripada kurangnya pemahaman tentang moral dan sifat empati yang ada dalam diri pelaku.
Kadang-kadang kita tidak sedar yang diri kita ada dalam ciri-ciri seorang pembuli. So, kali ni Dhia nak share pada korang ciri-ciri yang ada pada seseorang sehingga boleh menjadikan dirinya dilihat sebagai pembuli!
Sering berasa iri hati apabila melihat kebahagiaan orang lain

Mesti kita pernah lihat foto-foto yang dimuatnaik oleh selebriti dan influencer dan tanpa sedar kita mula membandingkan kehidupan kita dengan mereka. Kita mula melihat apa yang mereka miliki dan mempersoalkan mengapa hidup kita tidak seperti mereka. Secara tidak langsung perasaaan iri hati akan timbul apabila melihat kehidupan orang lain.
Kadang-kadang perasaan iri hati boleh menjadikan kita bermotivasi untuk berusaha memperbaiki hidup kita. Namun jika perasaan ini lebih kepada tanggapan yang negatif, awas ye. Mungkin korang sendiri yang memilih untuk jadi bitter bila melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Tak baik tau macam tu. Lepas ni cuba ubah perasaan iri hati kepada motivasi untuk baiki kehidupan kita ye.
Tidak menghargai dan menyayangi diri sendiri

Bak kata pepatah, love yourself first. Kalau korang tak mampu nak menyayangi diri sendiri, macam mana korang nak sayang orang lain kan? Salah satu hal yang menonjol dalam diri seorang pembuli adalah mereka gemar membandingkan diri mereka dengan orang lain. Hal ini akan mendorong mereka untuk melakukan buli pada orang lain untuk membuat diri mereka kelihatan hebat.
Sebenarnya self doubt yang tinggi dalam diri seseorang menjadikan mereka sentiasa memandang kekurangan diri mereka. Akibat terlalu merasa diri mereka kurang daripada orang lain, mereka mula berfikiran negatif sehingga bertindak untuk menyakiti orang lain yang mempunyai kelebihan berbanding mereka. Perkara seperti ini memang biasa berlaku di sekeliling kita kan?
Kalau korang perlu berhadapan orang seperti ini atau korang sendiri memiliki sifat seperti ini, first thing yang korang perlu fikir adalah setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Belajar mencintai kelebihan dan dalam pada masa yang sama menghargai kekurangan yang ada pada diri kita dan cuba untuk memperbaikinya. Tak penat ke asyik dengki dengan orang lain. Itu dikira penyakit hati yang kronik tau.

Perkataan “buli” sahaja pun membawa maksud yang negatif. So jaga tingkah laku kita supaya kita tidak dilabel sebagai seorang pembuli tanpa sedar. Apa yang penting, belajar mencintai diri sendiri dahulu. Bila kita mula menghargai apa yang ada dalam diri kita, kita akan lebih positif apabila melihat perkara-perkara lain di sekeliling kita.
Jaga-jaga,bila kita dah mula ada penyakit hati memang susah nak diubati tau.




Komen Terkini