D-Life
Tundukkan bos korang dengan ‘trick’ dari bekas agen FBI
BAYANGKAN korang ada bos yang garang gila sampai korang akan telan air liur setiap kali nampak dia. Itu belum lagi dia bila dia mengamuk, rasa macam gempa bumi kejap negara ni. Jadi, susah betul nak berborak dengan dia. Nak hang out apatah lagi
Seorang bekas agen FBI, Dr Jack Schafer ada berkongsi sikit tricks macam mana nak buat orang selesa bercakap dengan kita sehingga membuatkan dia tak kisah untuk berbual dengan kita lagi di masa mendatang.
Teknik ini juga akan membuatkan orang lain mudah untuk berhubung dan mempercayai korang. Benda ni juga boleh korang boleh guna dekat semua orang tak semestinya dengan majikan sahaja.
Sengetkan sikit kepala

Kalau korang nak bercakap dengan seseorang. Apa kata korang sengetkan sikit kepada korang. Kalau korang perasan, biasanya orang bisnes selalu buat macam ni untuk merebut kepercayaan client dia. So, kita boleh try.
Bermain kening

Ha, korang boleh juga tunjuk ekspresi wajah dengan bermain kening. Otak manusia akan mengenal signal dari jarak 2 meter untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu menyenangkan atau tak. Kalau korang nak buat orang rasa welcoming, apa kata korang angkat sikit kening. Jangan pula pergi kerut kenaing sebab ia akan buta orang rasa terasing.
Senyum dengan mata

Kalau kita senyum ikhlas, senyuman itu akan terpancar di mata. Otak kita pula akan menghantar signal untuk merembeskan endorfin bagi menghasilkan lebih banyak kebahagiaan. Untuk mendapatkan senyuman sedemikian, korang kena;ah berbual sesuatu yang lucu dan menyenangkan.
Jangan guna “sama-sama”

Kalau berkata terima kasih, elakkan menjawab ‘sama-sama’. Adalah lebih baik kalau korang cakap.
“Kalau saya di tempat awak, saya juga akan buat perkara yang sama,”
Ia akan membangkitkan rasa timbal balik. Orang itu juga akan berasa dirinya penting setiap kali bersama kita.
Biarkan dia puji diri sendiri

Cara terbaik untuk membuat pujian ialah dengan membiarkan orang tersebut memuji diri mereka sendiri. “Macam mana awak boleh buat semua ini seorang diri?”
Ini akan membuat seseorang memuji dirinya sendiri. Biarkan dia bercerita bagaimana dia berusaha untuk melakukan sesuatu.
Ha, jadi begitulah sedikit sebanyak yang dikongsikan tentang trick bagaimana nak buat orang senang berbual dengan kita. Dengan cara seperti ini, kita pun bolehlah menambah kenalan dan tak takut jika harus menghadiri pesta atau majlis keramaian.
Semoga berjaya!





Komen Terkini