D-Life

Betul ke ketagih makan pedas boleh buat kita jadi pelupa?

Oleh  | 

MAKANAN pedas sememangnya menjadi kegemaran masyarakat kita lebih-lebih lagi makanan pedas   telah diamalkan oleh masyarakat-masyarakat melayu terdahulu menerusi lauk-pauk mereka. Korang mesti pernah makan lauk masak lemak cili api kan dan sambal belacan kan? Bukan masak lemak dan sambal belacan lah kalau tak pedas kaw-kaw! Betul tak?

Perasan tak makan makanan pedas boleh buat kita jadi ketagih. Sampai satu tahap, kita tak boleh makan kalau makanan kita tak pedas. Sis yakin masyarakat Malaysia memang hantu makanan pedas. Dekat Youtube saja pun kita boleh lihat banyak challenge makan makanan pedas dilakukan oleh masyarakat kita.

Tapi korang tahu tak sebenarnya  kajian telah dijalankan di Universiti of South Australia dan Universiti Qatar berkenaan tentang makanan pedas ni. Mereka merumuskan bahawa orang yang makan pedas akan mudah menghidapi penyakit demensia.  Menerusi kajian itu, mereka mereka telah mengkaji 4582 orang dewasa yang berumur lebih daripada 55 tahun. Mereka telah mengkaji cara pemakanan dan daya ingatan mereka dalam tempoh 15 tahun.

Orang yang makan cili lebih daripada 50gram sehari mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah ingatan dan penurunan daya ingatan. Wow, tak sangka makanan pedas mampu memberi kesan sampingan untuk tubuh badan kita. Sebenarnya, anya akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang yang lebih dewasa dan berumur.

Namun, ini merupakan kajian awal tentang tentang pengambilan makanan pedas boleh merisikokan daya ingatan kita. So lepasni korang kena berpada-padalah bila makan makanan pedas ye. Tak salah nak makan sekali sekali. Lagipun selain mengurangkan daya ingatan, makanan pedas juga boleh merosakkan usus tau. Jaga pemakanan korang untuk kekal sihat okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my