D-Life
Jangan buat benda ni waktu petir kalau tak nak mati kejung!
SEKARANG ni cuaca memang tak menentu. Kalau dah hujan tu, sekali dengan kilat sambar-menyambar dia datang. Cuak juga bila dengar guruh berdentum macam nak gugur jantung dibuatnya. Sebab itulah kita disuruh duduk dalam rumah bila keadaan cuaca yang macam ni bagi mengelakkan banyak benda tak diingini berlaku.
Namun, jangan leka. Sebab walaupun korang dah berada di dalam rumah dengan selesa, ada beberapa benda yang korang pun patut elakkan juga bagi mengundang parah dan masalah.
Jangan mandi waktu petir!
Mandi waktu petir ni sangat bahaya sebenarnya. Ini kerana kalau kilat itu menyambar rumah korang, ia boleh mengalirkan aliran arus eletrik menerusi lampu dan paip sehinggalah terkena korang yang sedang mandi atau cuci tangan.
Duduk di bawah benda berkayu
Katakanlah korang tertinggal barang dekat meja yang terletak bawah pokok. Jangan pandai-pandai keluar dam pergi bawah pokok sebab ia sangat bahaya! Ini kerana kalau kilat menyambar batang pokok dan tumbang. Korang berpotensi akan kena hempap dengan pokok tersebut. Bukan itu sahaja, kilat itu pun boleh melantun daripada pokok dan terkena korang.
Tak payah fikir barang logam apa yang korang pakai
Kadang-kadang kita terlalu banyak berfikir barang logam apa yang kita pakai dan kita mulalah nak tanggalkan tali pinggang atau jam dekat tangan korang. Tapi sebenarnya apa yang korang kena buat ialah cepat duduk berteduh dan elakkan berada di bawah benda logam.
Jauhkan diri dari tingkap
Korang tak payah nak feeling tengok tingkap waktu guruh berdentum. Sebab, tingkap korang mungkin mengandungi logam yang boleh mengalirkan arus eletrik. Jadi, bagi mengelakkan korang mati kejung, jauhkan diri dari tingkap dan jangan sentuh tingkap.
Ha jadi inilah sedikit sebanyak perkara yang korang boleh lakukan waktu hujan kilat sambar menyambar. Kongsi artikel ini dekat kawna-kawan yang korang sayang.





Komen Terkini