D-Life
Ini penyebab korang lupa memanjang
PERNAH tak korang tiba-tiba kelu, terdiam dan tak ingat apa benda yang korang nak buat? Boleh jadi korang asyik tertinggal barang atau tertinggal dokumen penting menyebabkan korang kena berpatah balik ke rumah?
Sebenarnya lupa ni memang benda yang terjadi dekat orang muda dan tak hanya terjadi kepad orang tua seperti yang disangka orang kebanyakkan. Sebenarnya menjadi lupa ni bukan hanya bergantung kepada faktor usia sahaja. Ada banyak lagi punca yang boleh buat kita jadi pelupa.
Ubat
Sebenarnya ubat pun mendorong seseorang menjadi pelupa. Ia termasuklah ubat seperti anti depression, antihistamin,ubat penenang, ubat tidur yang mengakibatkan memori korang terganggu.
Banyak minum alkohol
Banyak minum alkohol pun dapat menghilangkan memori. Seseorang yang selalu minum minuman keras akan berdepan dengan keadaan dimana dia sukar untuk mengingati sesuatu.
Rokok
Ya ini pun menjadi salah satu punca menjadi pelupa. Ini kerana merokok boleh mengurangkan kadar oksigen yang masuk kedalam otak seterusnya menyebabkan orang yang merokok sukar mengingati nama orang lain.
Kurang tidur
Tidur yang berkualiti sebenarnya sangat penting untuk ingatan. Waktu tidur yang sedikit akan mengganggu ingatan korang kerana badan korang kepenatan. Semakin rajin korang berjaga tengah malam, semakin pelupa korang jadinya.
Kurang vitamin b12
B12 sangat penting untuk otak. Kalau kurang vitamin jenis ini, maka ia sangat mempengaruhi daya ingatan seseorang. Ada juga kes yang lebih parah apabila mereka yang kurang vitamin jenis ini mengalami kerosakkan pada bahagian otak. Nak tambah vitamin ni senang je, korang banyakkanlah makan daging, tuna, salmon, dan susu.
Baiklah, demikianlah antara sebab seseorang itu menjadi pelupa. Elakkan diri korang daripada melakukan perkara diatas kalau nak ingatan yang kuat, ok?





Komen Terkini