D-Life
Kenapa badan rasa penat tiba-tiba eh? Cuba check…
PERNAH tak korang rasa letih sangat seolah-olah tangki energi korang sudah kehabisan. Benda ini tidak hanya terjadi kerana penat fizikal sahaja, malah mental juga memberi impak kepada tubuh badan korang.
Tapi yang paling tak best ialah korang tak ada pula buat benda yang memenatkan tapi tak tahu kenapa badan korang tetap letih. Ha! sebenarnya ada tiga benda penyebab korang menjadi lesu tau bermula dari gaya hidup, keadaan kesihatan dan keadaan mental.
Sebab gaya hidup
Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kita mudah lelah. Contohnya kurang bersukan, kurang tidur, pola makan tidak sihat, kegemukkan serta mengambil kafein dan alkohol yang berlebihan.
Jadi, cara korang nak ubah benda ini ialah dengan melakukan langkah-langkah sederhana macam ni!
Berolahraga secara rutin
Pastikan cukup rehat
Cukup tidur sebab orang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun dianjurkan untuk tidur selama 7-9 jam sehari
Mengatur pola makan dengan nutrisi seimbang. Minum cukup air supaya tidak mengalami dehidrasi.
Jangan ambil kafein serta alkohol.
Jangan merokok.
Luangkan waktu untuk rekreasi
Sepatutnya bila korang dah ubah kesemua benda ini, korang dapat merasai perbezaannya selepas dua minggu. Jadi kalau lepas dua minggu korang tak rasa apa-apa, berjumlah dengan doktor.


Komen Terkini