Diri Dhia
5 Fakta kesihatan yang korang dapat daripada berpuasa!
AWAL Muharram atau juga dikenali sebagai Maal Hijrah baru sahaja berlalu dan sis sudah pasti mesti ramai yang dah tahu sejarah disebaliknya yang berkenaan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah.
Korang tahu tak, banyak sejarah-sejarah yang penting dalam bulan Muharram ni. Antaranya adalah kita digalakkan untuk berpuasa. Untung tau kalau ikut amalan sunat ni. Keuntungan yang sis refer tu bukan saja dari segi amalan ya, but also to our health! So here it is, 5 manfaat berpuasa untuk kesihatan.
Memberi Kecergasan & Membaiki Komposisi Badan
Dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap kenaikan berat badan secara keseluruhan. More than that, dapat membantu komposisi badan melalui pelbagai macam cara, which is mengimbangkan hormon dan metabolisma lemak!

Meningkatkan Tahap Kekenyangan
Fat tissue korang akan berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin yang provide a few types of hormon yang memberikan kesan terhadap kekenyangan yang korang rasa. Which means, bila korang makan nanti korang akan rasa kenyang dengan lebih lama.

Mengurangkan Keradangan
Punca kebanyakkan keradangan berpotensi daripada banyak faktor. Diet yang tidak seimbang or unhealthy diet adalah salah satu daripadanya. So macam mana nak kawal? Sis share dengan korang tips ni.
High food intake, carbo and diary foods boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Bila korang berpuasa, automatic hormon jadi okay dan through that, boleh elakkan keradangan pada badan kita!

‘Improving Your Cardio’
By this, maksudnya ia mampu untuk memperbaiki fungsi-fungsi kardiovaskular, blood flows dan blood pressure. Penting tu untuk maintain jantung yang sihat. So tak rugi berpuasa!

Mengurangkan Tekanan Darah
Bila korang tengah berpuasa usually, tekanan darah akan menurun pada awalnya dan disebabkan lack of salt intake secara mendadak. But how? Ia melalui proses pelawasan atau peeing. So minum air mineral banyak untuk flush out overload garam okay?

Alright girls, itulah dia antara kelebihan bagi berpuasa dan sebenarnya banyak lagi benefit-benefit yang ada dan sempena Hari Asyurah ni. Apa-apa pun sis nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang semua!





Komen Terkini