D-Life
Jangan cakap sis tak Roger! 5 benda kena ‘stand by’ bila jerebu sudah mari
Haze, haze, go away!
Ha, itulah benda yang sis selalu jerit dalam hati bila bangunan KLCC samar-samar dari penglihatan sis. Apalagi bila bacaan IPU makin lama makin tinggi menandakan kualiti udara kita semakin tidak sihat. Bahaya tau jerebu ni, ia mengganggu sistem penafasan kita semua.
Oleh sebab sis sayang korang, sis tulis artikel ini supaya kita semua beringat dan berjaga-jaga. Ini ada sedikit pesanan dan tolonglah buat waktu musim jerebu ni tau. Janji?
Jangan buat benda outdoor sangat
Ya, sis tahu korang adalah manusia yang sukakan cabaran dan panas punggung kalau duduk melepet dekat dalam rumah. Tapi di musim jerebu ni bawalah duduk dalam rumah dan kurangkan aktiviti di luar rumah. Alah, dalam rumah pun boleh aktif apa macam mop lantai, buat kek atau main gitar.
Cuci muka
Udara waktu musim jerebu ni kotor ya jadi korang jangan nak feeling berkabus macam dekat Cameron pula! Silalah cuci muka, tangan terutamanya bahagian yang terdedah kepada udara jerebu.
Minum air!
Sis, ini sangat penting ya. Silalah bawa air botol kemana sahaja korang pergi. Ini bagi memastikan tubuh korang tak kekurangan air. Tapi pastikan air masak tau. Jangan korang bantai air boba pula dah satu masalah kalau kencing manis.
Pakai penutup muka
Kalau bacaan IPU dekat tempat korang makin teruk dan korang pula memang kena keluar rumah. Jangan lupa pakai penutup hidung dan mulut tau. Alah, dekat kedai RM1 pun dah dapat. Kalau tak, korang akan terkena penyakit macam batuk, selesema, demam, sakit mata, paru-paru kronik dan banyak lagi la.
Baca update terkini
Jangan la buka internet sebab nak tengok fesyen tudung terkini je. Pergilah baca akhbar untuk tahu perkembangan terkini kualiti udara kita di Malaysia ini. Barulah bijak dan trendy kan!
Oklah, itu sahaja yang sis nak bebel untuk kali ini. Ingat tau, jaga kesihatan korang dan ingatlah orang tersayang. Wah! dah macam iklan pula. Bye!





Komen Terkini