D-Life
Siapa tengah diet? Jom cuba resepi pasta simple yang super sihat ni!
BILA dah musim diet ini, bosan juga kalau hari-hari makan sayur. Sebenarnya banyak sahaja menu sihat yang sedap dan korang pun tak perlu siksa diri untuk makan benda yang tak menyelerakan. Korang hanya perlu menjadi kreatif untuk mencipta resepi yang sihat dan enak dimakan pada masa yang sama.
Sebenarnya, pasta adalah pilihan yang baik kalau korang sedang mengamalkan diet. Hanya dengan pilihan ramuan dan cara masak yang betul, korang dah tak perlu nak rasa serba salah makan makan pasta setiap hari.
Cara masak pun senang. Sesuai sangat untuk korang yang penat balik kerja dan nak makan benda yang mudah disediakan dan sihat.
Bahan-bahan
Spagetti (1 paket)
300 gram isi ayam sipotong dadu
Bawag besar dicincang halus
Lada benggala dipotong dadu
Lobak merah dipotong dadu
Setengah tin cendawan butang
Daun parsley
2 sudu besar lada hitam serbuk
Setengah sudu teh herba pregano
Setengah perahan lemon
Kiub pati ayam
Garam
Cara nak masak
- Rebus air dan masukkan spageti apabila air mendidih. Kalau dah lebut silalah angkat.
- Apalagi, angkat la kuali korang tumis bawang besar, putih, guna minyak zaitun.
- Lepas tu masukkan ayam dan kacau sampai dia masak.
- Masukkan lada benggala, lobak merah, cendawan dan tomato
- Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregan dan taburan kiub ayam
- Ambil spageti dan gaulkan
- Masukkan perahan lemon atau cuka.
- Hidangkan
Ha, senang kan? Minyak zaitun tu kalau korang nak bubuh banyak pun tak apa sebab ia menyihatkan.
Kalau korang tetap tak ada masa juga nak pergi masak pasta. Makan kat luar pun okay dah alang-alang ada diskaun dengan Superdeals. Boleh bawa kawan-kawan sekali makan bersama. Tapi kalau korang nak try resepi ini, boleh roger sis sedap ke tidak.




Komen Terkini