D-Life
4 jenis makanan yang membunuh secara perlahan
KALAU bercakap pasal perkara yang memudaratkan diri secara perlahan yang plaing popular, sudah semestinya merokok. Dan kalau bab makanan pulak , mesti berkaitan dengan guna atau pun fast food.
Di zaman yang moden ni memang pelbagai jenis makanan yang baru dan sedap-sedap belaka. Tapikan ramai juga yang tidak sedar akan risiko dan bahayanya.
Jadi hari ini sis nak kongsikan 5 jenis makanan yang korang sangka selamat untuk dimakan tapi sebenarnya tidak!
Jus buah
Minuman jus buah-buahhan yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Bukan apa, buah-buahan memang penting untuk keperluan nutrisi dan zat pada tubuh kita. Akan tetapi, apabila buah tersebut dinikmati dalam bentuk cecair, ia telah hilang bahan penting seperti serat yang dapat membantu penyakit seperti diabetes dan jantung.

Granola
Snek atau bar granola merupakan sejenis makanan yang sepatutnya membantu mengawal kita daripada mengambil makanan yang berlebihan. Bukan itu shaja, bar granola adalah merupakan makanan yang tinggi dalam kandungan gula tambahan yang dicampurkan. Oleh sebab itu, risiko untuk mendapat pelbagai penyakit yang serious adalah tinggi!

Sushi
Makanan sushi yang tidak dicampurkan dengan pelbagai ramuan atau bahan-bahan sebenarya tidak lah membahayakan. Tapi, jika makanan tersebut sering dicampurkan makanan tambahan seperti mayonis, keju, wasabi dan sebagainya mengkibatkan kalori bertambah dan juga kandungan gula.

Makanan ‘Fat Free’
Makanan bebas lemak ini sebenarnya tidak akan menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Akan tetapi, Apabila terbuktinya tentang rasa bebas lemak tersebut digantikan dengan gula untuk mewujudkan rasa semula jadi.

Semoga artikel ini dapat membantu korang menjaga dan mengekalkan kesihatan diri. Sis faham kadang-kadang tu kita ada craving nak makan sejenis makanan cuma korang elakkan lah daripada makan makana tu berlebihan okay?





Komen Terkini