D-Life
Sarapan dengan cara ini, pasti kekal sihat tubuh badan!
MALAYSIA ni memang terkenal dengan dunia makanan. Mana tidaknya kalau dah bercampur kaum dan bangsa, sudah tentu pelbagai perkara yang lain juga turut bercampur.
Contohnya, percampuran dari segi budaya, gaya hidup, ada yang menikmati tradisi yang lain, perayaan dan paling best makanan! Sehinggakan kalau bangsa lain beraya, kita juga turut terasa meriahnya!
Kalau bab makanan ni memang seronok! Bangun pagi nak breakfast apa senang je nak dapatkan di Malaysia. Best memang best tapi tak semuanya kita boleh enjoy dan kalau berlebihan, mungkin boleh memudaratkan. Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang tips dan petua breakfast supaya korang kekal sihat!

Serat
Sebaik-baiknya korang makan makanan yang mengandungi serat sekurang-kurangnya 5 gram. Makanan yang sesuai adalah segelas susu dan yoghurt. Kurangkan penggunaan gula seperti contoh minuman yang manis.

Amalan susu dan roti
Adalah lebih baik kalau korang amalkan pengambilan susu dan roti untuk sarapan pagi, Barulah korang tak akan rasa malas kalau makan makanan yang tidak korang tahu tahap kesihatannya. Dan kalau kroang tak ada masa untuk bersarapan dirumah, korang boleh je beli dikedai-kedai yang bersesuaian
sar
Omelette
Telur dadar adalah makanan yang practical untuk bersarapan. Ini disebabkan kandungan nutrisi dalam telur seperti vitaminA,B2,B6,B12 dan zat besi yang diperlukan oleh tubuh kita.

Buah-buahan
Buah-buahan juga merupakan makanan yang sesuai untuk dimakan sebagai sarapan. Buah mempunyai pelbagai kahsiat dan boleh memberikan kita tenaga untuk menjalanan kehidupan harian.
Jadi, lepas ni korang amalkan tips bersarapan ini dan kalau korang konsisten, mesti korang akan merasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari! Baru la bersemangat nak buat kerja.
Sumber:Iluminasi.com





Komen Terkini