D-Life
5 benda kena buat elak Instagram kena godam
BAGI kebanyakkan kita laman sosial Instagram adalah sebahagian penting dalam kehidupan kita. Bukan apa, hampir kesemua memori bermakna kita kongsikan di laman sosial itu. Sebab itulah kita wajar bersedih kalau laman sosial kita digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kalau kita tengok balik data McAfee, 22 persen pengguna internet melaporkan yang Instagram mereka pernah digodam sekurang-kurangnya sekali. Habis semua informasi peribadi kita dicuri. Lebih teruk lagi ada yang guna Instagram kita dengan memuatnaik benda memalukan tentang kita sehingga mendatangkan fitnah.
Kalau korang tak nak akaun Instagram korang digodam, ini ada beberapa benda yang korang boleh lakukan.
Password Instagram yang unik
Kalau tak nak orang godam Instagram, janganah letak password “123456 abc”. Come on! Guna sikit kata laluan yang unik dengan gabungan angka, huruf, dan tanda baca. Jangan guna password yang ada tarikh lahir sebab ramai orang boleh tahu. Satu lagi, gunakan password yang berbeza setiap kali log in di media sosial berbeza.
Batalkan akses aplikasi pihak ketiga
Instagram memang boleh izin akses pada aplikasi pihak ketiga biasanya untu edit gambar. Jadi apa yang korang boleh buat ialah
- Buka setting
- Pergi dekat security
- Buka apps atau website untuk tahu ada tak pihak ketiga yang mencurigakan.
- Kalau ada, batalkan akses.
Hantar code dekat Phone
Korang boleh aktifkan nombor telefon korang dekat Instagram. Jadi, kalau ada pihak ketiga yang log in Instagram, dia aan minta code untuk log in yag dihantar ke SMS telefon korang.
Periksa aktiviti akaun Instagram
Pergi security dan tekan log in activity. Dekat situ, korang boleh tengok aktiviti log in korang termasuk lokasi, tarikh akses. Kalau ada yang mencurigakan, sila ambil tindakan.
Jangan buka mesej daripada orang mencurigakan
Korang kena hati-hati dengan komen atau mesej yang diberikan oleh orang atau pautan yang mencurigakan. Boleh jadi ia adalah virus yang mengambil informasi peribadi tanpa meminta izin login.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga korang boleh buat apa yang sis cadangkan tadi. Jangan lupa bagi kawan korang baca juga ya.





Komen Terkini