D-Life
Ini cara terbaik untuk mengurangkan stress yang jarang kita buat
BERAPA ramai yang menjadikan makan sebagai aktiviti wajib untuk melepaskan stress? Selepas makan berlambak-lambak, mulalah makin stress sebab bila timbang badan bertambah lah kilogram korang tu.
Bukan itu sahaja, penyakit pun menderu datang akibat hobi makan. Jadi betul ke makanan boleh menghilangkan tekanan?
Meh sini sis nak kongsi dengan korang semua, apa kata korang cuba hobi baru yang sis nak kenalkan ni. Hobi ni bukan setakat boleh hilangkan stress tapi boleh meningkatkan kemahiran diri korang tau.
Mewarna
Di negara-negara barat aktiviti mewarna bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk golongan dewasa juga. Kenapa mewarna bagus untuk kesihatan mental korang?
Kajian mendapati mewarna membantu menenangkan the amygdala (deria takut) otak. Ia juga melibatkan aliran darah, denyutan nadi dan pergerakan tubuh badan tanpa kita sedar.
Daya kreativiti kamu juga semakin bertambah dan paling penting otak bekerja dalam keadaan mood rileks.
Menulis
Tiada tempat untuk meluahkan perkara yang menyesakkan kepala? Pilih buku jurnal atau diari sebagai rakan susah senang korang yang baru.
Menulis dianggap sebagai terapi baru untuk membantu korang memproses emosi dan fikiran. Lebih-lebih lagi tentang tekanan diri korang.
Pakar mencadangkan untuk menulis tentang perkara positif yang berlaku pada setiap hari hanya untuk selama 20 minit. Percayalah kaedah ini boleh memperbaiki mood korang dan memberi rangsangan positif.
Baca juga: Ini cadangan pakar nak kurangkan stress…biar betul?
Memandu kereta
Hobi yang paling simple untuk korang yang jarang ada masa lapang. Isi minyak penuh, tetapkan dalam satu atau dua destinasi sahaja dan senarai lagu kegemaran untuk dimainkan semasa memandu.
Ketika memandu berseorangan, minda juga akan menjadi lapang kerana kamu hanya fokus pada jalan. Cuba juga untuk menghirup udara segar dengan membuka tingkap kereta.
Jangan pula memandu ditengah kotaraya yang sibuk, itu menambah sakit kepala dan hati!
Memancing
Ini biasanya hobi bagi kaum lelaki, tapi tak salah pun kalau orang perempuan mahu join sama. Tak sangka memancing boleh buat korang untuk melupakan seketika tentang bebanan hidup. Ini kerana ia memerlukan fokus yang hebat untuk deria pendengaran dan penglihatan.
Dalam diam korang juga akan dipeluk mesra oleh alam semulajadi yang tenteram. Pilih fishing spot yang jauh dari hiruk-pikuk bandar dan biar jiwa korang bebas sebentar.
Jadi, korang nak sambung lagi ke hobi makan tu? Cukup cukuplah tu dengan makam, ganti lah pula dengan aktiviti yang mengerakkan otak dan otot korang kerana inilah cara yang terbaik melepaskan aura negatif yang tersimpan tu.
Sis nak ucapkan, selamat mencuba!
Penulis: Izzah Ab Aziz





Komen Terkini