Be-You-Ty

Payudara saiz besar, bra apa yang sesuai eh?

Oleh  | 

HAIH beruntunglah sebab tak semua mempunyai saiz payudara yang mantap seperti korang. Kalau korang rasa tak selesa dengan keadaan dan kedudukan payudara korang. Mungkin ada yang salah dengan bra korang. Saiz terlalu kecil lah atau terlalu besar lah. Bra pula ada bermacam-macam jenis. Agak-agaknya, apa saiz yang sesuai untuk bentuk payudara korang ni ye? Jom check it out.

1) Full cup bra


Kepada pemilik payudara yang bersaiz besar, bra jenis ini sangat disarankan. Sebabnya, ia boleh memberikan korang sokongan yang lebih baik dan menyeluruh tau. Kalau payudara korang berada dalam keadaan yang selesa akan membuatkan korang lebih nyaman. Tali untuk bra ini pun lebih rapat. Jadi korang tak payah risau kalau-kalau tali bra korang putus.

BACA:Jangan tahu pakai je tapi trend bra korang tak tahu, sini sis nak share

2) Balconette


Ini adalah antara bra yang popular berbentuk cup bulat. Tapi ia tak menutup keseluruhan payudara macam full cup bra tadi. Tapi, bra jenis ini memiliki dua versi tau sama ada padding dan tanpa padding. Ia juga memiliki tali bra yang lebih lebar yang menghiasi sekitar cup. Memang sesuai untuk payudara bersaiz besar.

3) T-Shirt bra


Bra jenis ini memang sesuai untuk dipakai seharian. Yelah, kita kan lasak untuk melakukan aktiviti seharian. T-shirt bra memiliki bentuk yang ringan dan dapat menyokong bentuk payudara. Ia juga memiliki permukaan bebas jahitan.

BACA: Tudia! Bra harga RM 4 Juta, kau mampu?

Sebenarnya, tak kisahlah saiz payudara kita. Tapi yang penting ialah keselesaan kita dalam pemilihan bra yang sesuai. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai saiz payudara yang kecil? Bagaimana nak pilih bra yang sesuai?

Ha, yang itu korang kena stay tuned. Kita jumpa lagi pada artikel akan datang! Jeng Jeng! Jeng!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my