Serious?!

ABPBH 32 kembali dengan dua kategori artis antarabangsa

Oleh  | 

MALAM semalam telah berlangsungnya pre-launch Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABPBH32) yang bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Dengan membawa tema ‘Melangkaui Sempadan’, ABPBH bukan sahaja mengiktiraf artis tempatan, malah artis antarabangsa. Memang meriah semalam dengan kehadiran artis dan para media.

FOTO : @tv3malaysia

Kalau korang nak tahu sejajar dengan tema kali ini, dua kategori telah diwujudkan dalam senarai kategori utama iaitu kategori Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular.

Menurut Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 32, Khaidir A Majid, langkah ini diambil bagi memantapkan kandungan ABPBH yang bukan sahaja menjadi acara anugerah hiburan yang ditonton peminat tempatan, malah penduduk dunia menerusi penstriman, sejak beberapa tahun lalu.

Selain dua kategori baharu, ABPBH 32 mempertandingkan 13 kategori utama iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

FOTO : @tv3malaysia

Turut dipertandingkan, lima kategori online iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom selain Anugerah Sepanjang Hayat yang mengiktiraf anak seni yang banyak menabur jasa dalam industri seni hiburan. Semuanya bakal terjawab pada malam kemuncak yag dibawakan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 22 September depan.

FOTO : @tv3malaysia

Selain itu, bagi menghangatkan ABPBH, dua siri jelajah bersama artis dan kelab peminat juga dirancang iaitu di KOMTAR JBCC, Johor Bahru pada 3 Ogos ini, disusuli Aman Sentral, Sungai Petani, Kedah pada 24 Ogos. Program santai bersama kelab peminat pun ada tau iaitu #FANtastik dan Showcase ABPBH 32 pada 7 September depan di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Datuk Alha. Alha Alfa selaku Penaja Utama bagi ABPBH 32. Alha Alfa sudah dua tahun berturut-turut jadi penaja utama tau sejak 2018 lagi. Penaja Bersama, DuitNow diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser.

FOTO : Berita Harian

So korang mesti tak sabarkan nak tunggu ABPBH 32. Sis pun tak sabar nak tengok artis kesukaan sis menang. Tapi kenalah undi kalau nak tengok diorang menang. Apapun, undian boleh dilakukan menerusi laman web www.abpbh.com.my mulai 15 Julai ini sehingga 14 Ogos depan okey. Agaknya apalah kejutan diorang kali ni ye? Sama-sama kita nantikan. Stay tuned!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my