Serious?!

Ada lembaga duduk di tangga, Buat 5 benda ini untuk elak diganggu jin

Oleh  | 

MEMANG dari dulu kita pernah diingatkan bahawa bukan hanya manusia yang menghuni. Ada makhluk lain juga yang saling menumpang dalam hidup kita. Biasanya kalau sebuah kediaman itu telah ditinggalkan cukup lama, mesti ada ‘sesuatu’ yang telah menghuni rumah tersebut.

Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang baru berpindah dengan keluarganya mengalami pelbagai kejadian siri yang menyeramkan. Tiba-tiba pintu pagar rumah berkenaan tertutup dengan sendirinya. Tambahan pula anaknya juga sering ternampak lembaga misteri di tangga rumah tersebut.

Jadi, berikut adalah antara lima perkara yang korang boleh lakukan untuk melindungi diri daripada terkena sihir seperti yang diajarkan Nabi.

via GIPHY

Ucap nama Allah ketika makan dan masuk rumah

Nabi mengajar kita untuk menyebut nama Allah  dan memberi salam sebelum memasuki rumah. Sama juga ketika makan, sekiranya kita menyebut nama Allah ketika makan, maka tiada tempat syaitan akan makan bersama-sama kita.

Jangan biarkan makanan terdedah

Selain itu, nabi juga mengajar agar tidak membiarkan makanan dan minuman terdedah semalaman. Selain daripada terdedah dengan wabak, ia juga bagi menghalang syaitan menyingkap penutup makanan dan minuman.

Dalam satu hadis lain Nabi SAW bersabda, “Tutuplah bejana (makan/minuman) kamu pada waktu malam walaupun dengan sebatang lidi.”

via GIPHY

Tutup rumah waktu senja

Rasulullah juga mengingatkan kita agar masuk ke rumah apabila menjelang senja dan tutuplah pintu rumah dengan menyebut nama Allah.

“Apabila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan apabila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah)”

Baca doa ketika masuk tandas

Ketika memasuki tandas, kita disarankan untuk berdoa kerana syaitan suka berada di tempat yang najis dan terbukanya aurat.  Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina”

via GIPHY

Solat berjemaah

Kunci untuk kita dilindungi ialah solat berjemaah. Ini kerana solat berjemaah boleh menghalang  syaitan  mengambil peluang mendampingi seseorang untuk mengganggu, merasuk dan melakukan perkara jahat kepada seseorang.

via GIPHY

Demikianlah apa yang disarankan Nabi bagi mengelakkan kita daripada diganggu oleh makhluk halus. Semoga kita dilindungi daripada terpaling dengan sihir dan benda jahat yang boleh mengganggu kehidupan kita.

Sumber: Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my