Inspirasi Dhia

Ada masalah bertutur, cara pemandu Grab ini kenalkan diri guna nota bikin cair!

Oleh  | 

WALAUPUN kita dah dengar banyak kes-kes seram melibatkan pemandu perkhidmatan e-hailing, tapi tak adil untuk kita meletakkan persepsi semua pemandu Grab ni jahat. Haih, bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tapi baru-baru ini viral dekat satu laman Facebook Miri Community yang dikongsikan Eve SH tentang seorang pemandu Grab yang mempunyai masalah pertuturan. Namun, dengan sedikit kreativiti, kekurangan itu menjadi satu kelebihan bagi jejaka ini.

Mana tidaknya, dia telah menyediakan nota khas untuk menumpangnya yang sangat menyentuh hati!

“Awak mungkin menyedari yang saya seorang lelaki yang pendiam. Itu kerana saya percaya kepada kata-kata Silence is Golden. Saya sebenarnya seorang yang kelakar. Tapi hanya saya seorang yang faham lawak yang saya.

Tapi sebenarnya saya mempunyai masalah untuk bertutur sejak kecil. Ia mengambil masa yang lama untuk saya mengucapkan kata-kata yang berada di dalam fikiran saya. Saya tak tahu kenapa, begitu juga dengan doktor. Mungkin sistem audio saya tersalah pasang.

Tapi, saya bukanlah pekak. Pandangan saya tajam dan begitu juga fikiran saya. Jangan risau, awak selamat berada di dalam kereta saya. Saya boleh membawa awak ke destinasi dengan selamat,”

Tidak hanya itu, lelaki ini turut menawarkan tiga jenis perkhidmatan.

Silent Ride

Dia akan senyap.

Therapy Ride

Jika penumpangnya mengalami hari yang tidak berapa nak bahagia. Dia sedia menyediakan telinga untuk mendengar dan bahu untuk penumpangnya menangis.

Friendly Ride

Lelaki ini boleh senyum atau kenyitkan mata dari cermin pandang belakang.

Haish, comel betul. Nasib baik bukan sis yang naik kereta dia. Kalau tak, cair sis di situ. Agak-agaknya kalau korang jumpa pemandu Grab yang macam lelaki ini. Apakah jenis ride yang korang nak? Cuba share sikit.

Sumber: Miri Community

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my