Serious?!

“Ada orang nak buat dia jadi gila,” Bella akui Aliff berdepan perkara mistik

Oleh  | 

BUKAN sekali dua kita dengar pelakon dan penyanyi Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila video dia bertengkar menjadi viral di laman sosial. Baru sahaja reda kontroversi rakaman dia mengeluarkan kata kesat dan mahu menunjukkan alat sulit menjadi bualan ramai, terbaru, Aliff sekali lagi menjadi topik perbualan apabila videonya bergaduh dan ditumbuk di kaki lima sebuah restoran menjadi viral.

Dalam video itu, Aliff dilihat memakai singlet warna putih dan bergaduh di kaki lima restoran dipercayai terletak di Indonesia.

BACA;”Bella, saya minta maaf. Saya harap jodoh kita bertemu kembali” Aliff nangis rindu anak, bekas isteri

Bekas isteri kepada pelakon itu, Bella Astillah mengakui bahawa Aliff sebenarnya sedang berdepan dengan perkara mistik.

“Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila.

“Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya,” kata Bella seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

Sehingga hari ini, keluarga Aliff masih mencari alternatif untuk mengubatinya selain berdoa agar Aliff sihat seperti sediakala.

Bella juga mengatakan dia kerap membawa Ayden bertemu bapanya di Singapura. Bukan itu sahaja, Bella turut mengakui hikmah perpisahan  dalam rumah tangga telah menjadikan Aliff lebih matang.

Sekiranya jalan terbaik untuk membesarkan anaknya adalah dengan menerima semula kehadiran bekas suaminya, Bella tidak akan menolak.

Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Aliff dan rumah tangga Bella Astilah. Jika itu yang terbaik untuk mereka, siapalah kita untuk menolak takdir Tuhan, kan?

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my