DhiaLova

Ada sebab kenapa kita ditolak dengan crush. Ini untuk korang!

Oleh  | 

PERASAAN memang tak boleh dipaksa. Itu adalah antara perkara yang paling pertama dan utama yang korang kena ingat kalau diri tu mempunyai niat untuk meluahkan perasaan suka pada seseorang.

Ya, perasaan kita ni kadangkala boleh menjadi terlalu kuat sehinggakan tak mampu lagi nak tahan daripada meluahkannya kepada individu yang kita suka tu. Tapi kan kalau crush korang tu tidak mempunyai perasaan yang sama macam korang, takkan kita nak paksakan?

Yang pertama, korang kenalah bangga dengan diri sendiri. Sebab cuba korang fikir, bukan mudah untuk seseorang mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan cinta pada yang dicinta tu tau! Ada yang tidak mempunyai keberanian sehingga tidak sanggup untuk meluahkan dan mengambil risiko.

via GIPHY

Apa kata korang cuba untuk ubah perspektif. Korang tahu matlamat utama korang adalah untuk meluahkan perasaan korang pada si dia yang korang mempunyai perasaan padanya bukan?

Jadi apa kata korang simpan perasaan itu dulu dan cuba untuk menjadi orang yan lebih ceria dihadapan crush korang tu. Kalau korang menjaga hubungan dengan lebih baik dah tentu crush korang tu akan respect hubungan korang tu!

via GIPHY

Perkara yang paling penting adalah chemistry korang berdua. Kalau korang suka pada crush tu dan cuba jugak untuk memaksa dan mewujudkan sesuatu hubungan, sis jamin mesti akan bertambah lagi teruk jadinya bubungan korang tu. Oleh sebab itu, cuba untuk bina keserasian dulu okay?

via GIPHY

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk korang menjadi lebih dewasa dalam hal percintaan ini.

Fikirkan yang terbaik untuk masa depan korang okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my