Inspirasi Dhia

Kajian – Ada sepupu perempuan buat kita jadi lebih baik

Oleh  | 

BERITA baik kepada sesiapa yang ada geng perempuan dalam keluarga besar mereka tak kisahlah sedara, sepupu atau dua pupu. Walaupun tak dilahirkan daripada rahim yang sama, sedara perempuan boleh menjadi support system terbaik kita semua.

Kajian yang dilakukan oleh University Brigham Young menjelaskan dengan adanya sepupu perempuan dalam keluarga, ia akan membuatkan korang lebih mempercayai diri. Bukan itu sahaja tau, mereka pun akan membuatkan tahap kesihatan kita menjadi lebih baik. Ini kerana geng perempuan dalam keluarga macam mereka ini yang selalu ada dengan kita membuatkan kita tidak berasa sepi, selalu rasa dicintai, dan tidak takut.

via GIPHY

Geng perempuan dalam keluarga besar ini selalunya  akan berusaha keras untuk melindungi sesama mereka kerana memiliki sifat empati yang tinggi.

“Sedara perempuan selalu melakukan banyak benda untuk menjaga keluarga besar mereka walaupun setelah kematian orang tua.

“Mereka inilah yang akan membantu komunikasi, kompromi, dan berbincang kalau ada konflik dalam keluarga,” kata profesor Alex Jensen.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, mengikut kajian itu juga. Lelaki yang membesar dalam lingkungan sedara perempuan juga mempunyai skill komunikasi yang lebih baik sekiranya berhadapan dengan perempuan berbanding. Beruntung tau kita yang ada geng perempuan dalam keluarga besar. Bila waktu rasa mesti meriah ramai-ramai masak dekat dapur.Jadi, hargailah saudara perempuan kita semua!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my