D-Life

Ada yang memerhati, ini ‘hot spot’ kamera tersembunyi di hotel

Oleh  | 

BAYANGKAN kita dan sangat excited nak pergi bercuti dengan kawan-kawan kita dalam sebuah hotel yang selesa. Tapi rupa-rupanya ruang privasi kita telah dicabuli oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah merakam segala pergerakan kita dari berjalan, bergurau, mandi dan tidur. Lagi jahat bila video kita dijadikan bahan untuk jenayah jahat mereka macam video porno. Astaghfirullah, mintak simpang lah!

via GIPHY

Bukan sekali dua, tapi banyak dah sebenarnya kes-kes macam ini jadi. Risau pula kita nak keluar dan travel sebab semua benda rasa tak selamat. Lebih mengerikan apabila peranti kamera tersembunyi ini boleh dibeli menerusi online shopping. Sebagai seorang perempuan, kita kena bijak dan berjaga-jaga. Jangan sampai kita menjadi mangsa mereka. Jom kenali antara tempat letaknya kamera tersembunyi ni.

Alat pengesan asap

Ini memang selalu jadi port baik diorang nak letak kamera dan mikrofon. Jadi, bila korang dah sampai, mula-mula tu korang check dulu kot ada peranti yang mencurigakan.

Pasu, teddy bear, buku

Selain itu, kamera juga biasanya disembunyikan di tempat yang korang mungkin tak pernah terfikir seperti di celah buku, pasu bunga dan teddy bear. Korang ingat itu cuma hiasan nak bagi hotel tu nampak cantik. Korang pun mulalah peluk-peluk teddy bear tu sebab maklumlah perempuan memang suka bear ni. Tapi sebenarnya, jeng, jeng, jeng ada kamera tersembunyi dekat teddy tu. Alamak!

Bahagian hotel yang menghadap bilik

Korang kena tahu yang sebenarnya kamera tersembunyi ini akan diletakkan di ruang yang menghadap ke dalam bilik. Jadi, selidik ada tak kamera tersembunyi dekat setiap penjuru bilik korang menginap itu.

via GIPHY

Hiasan di tengah bilik

Okey, biasa kan kita tengok hiasan atas meja macam pasu bunga? Itu pun korang kena berjaga-jaga sebab penjenayah selalunya akan letak mikrofon untuk rakam bunyi dekat dalam bilik itu. Kalau korang belek-belek pasu terjumpa mikrofon, sah! Memang ada kamera tersembunyi dalam bilik tu.

Wayar tanpa penyambung

Peranti macam kamera ini memerlukan jangka masa yang panjang. Jadi, mereka memerlukan beberapa jenis bekalan kuasa. Cuba korang perhatikan wayar yang ada bilik korang. Kalau ada wayar yang macam tak ada penyambungnya, cabut je.

via GIPHY

Hint pada Wi-Fi

Buka Wi-Fi, ada jenis peranti yang terus menghantar data melalui internet yang boleh diakses di mana-mana sahaja. Jadi, kadang-kadang mereka juga mempunyai signal pada Wi-Fi. Cuba check ada tak nama yang mencurigakan. Semakin kuat isyarat Wi-Fi, itu petanda peranti kamera tersembunyi itu semakin dekat.

Guna telefon bimbit

Orait ini satu lagi trick. Dengan kemajuan teknologi terkini, korang dah boleh muat naik aplikasi untuk mengesan kedudukan kamera tersembunyi ini yang boleh didapati di apps store seperti hidden spy camera detector, radar bot, hidden camera detector dan spy hidden camera detector.

Apa nak buat?

Kalau korang terjumpa kamera tersembunyi. Jangan menggelabah. Pergi cari pita pelekat, dan lekatkan pada kamera tersebut. Kalau tak jumpa pita pelekat, korang boleh cari apa-apa barang yang boleh menutup camera korang. Baju pun boleh.

Kita tak tahu macam mana perkara macam ni boleh berlaku pada kita. Bak kata pepatah, jangan sudah terhantuk baru terngadah. Jadi, sebelum kita pula menjadi mangsa individu tidak bermoral ini, eloklah kita ambil langkah berjaga-jaga.

Semoga perkongsian ini dapat membantu korang dekat luar sana!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my